Tuesday, May 28, 2013

~Beli Novel Lagi!!~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Kejap dah selasa.  Lepas tu rabu, khamis dan jumaat balik.  Kemudian cuti berhujung minggu lagi.  Begitu pantas sekali masa berlalu pergi meninggalkan kita.  Apa yang aku merepak pagi-pagi ni?

Okey, nak berkongsi cerita lagi mengenai novel.  Entri hari ahad pun aku telah ceritakan mengenai novel yang aku beli.  Novel yang bertajuk Jauh dan Setia Hujung Nyawa.  Dan kali nie aku nak cerita mengenai novel yang lain pula.

Tada!!!Inilah bungkusan yang aku terima daripada KaryaSeni.  Dua buah novel yang aku order.  Nak tahu novel apa?Jom jom...

Inilah novel-novelnya.  Kedua-duanya buah novel tersebut dramanya sedang ditayangkan di TV3.

Sebenarnya Saya Isteri Dia dan Teduhan Kasih.  Kedua-dua dramanya aku mengikuti.

Pada mulanya drama ini aku tak tengok sangat sebab tak sukakan pelakon lelakinya Izzue Islam tu.  Tapi aku minat Tiz berlakon.  So tengoklah jugak.  Tapi lama kelamaan aku suka tengok si Izzue tu berlakon.

Drama ini pula aku suka tengok sebab pelakon feveret ada.  Siapa lagi kalau bukan Ady Putra.  Mestilah tengok punya.  Aku sedang membaca novelnya.  Boleh tahan juga jalan ceritanya.  Lagi beberapa mukasurat sahaja mahu dihabiskan.  Maklumlah banyak iklannya ketika membaca.

Itu sahaja entri aku.  Sekian dulu.  Publish!!






                                                                                                                     

1 comment:

:: CIKVIVA :: said...

Dua2 pun best...kami memang follow habis citer ni, SSID & Teduhan Kasih..