Wednesday, May 29, 2013

~Menang Hadiah Saguhati Daripada SAFI~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari.  Esok aku akan bercuti semula kerana ada urusan yang memaksakan diriku untuk bercuti.  Alhamdulillah, sekali lagi aku menang hadiah daripada SAFI walaupun ianya sekadar saguhati.  Tapi aku tetap happy.  Sekurang-kurangnya ia berbaloi dan hanya itu rezeki buatku.

Aku terima call daripada SAFI dua minggu lepas mengatakan yang aku menang saguhati.  "Tahniah puan telah memenangi peraduan SAFI."  Gitulah bunyinya masa orang tu call aku.  Jujurnya masa tu aku sedang menanti benda lain, tapi rezeki lain yang aku terima.

Peraduan SAFI yang aku join ni disuruh lengkapkan pantun.  Masa ni join saat-saat akhir.  Kebetulan aku ke Guardian kut dan ternampak borang peraduan.  So rekalah pantun dengan sesuka hati dan apa yang terlintas di fikiran.  Aku sempat hantar 2 borang saja.  Salah satu pantun yang aku reka berbunyi begini...

Indah sungguh daya tarikan
Cantiknya wajah sedap memandang
Wajah cantik pasti menawan
Produk SAFI jenama dijulang.

Hah!!Gitulah bunyi pantun yang aku reka dua kerat di bawah tu.  Jenuh fikir.  Walhal dua kerat je.  Nasib tak suruh empat kerat atau berkerat-kerat pantun.

Minggu lepas aku telah selamat terima parcel daripada Wipro Unza.  Telefon hari jumaat, hari isnin aku dah dapat hadiahnya.  Sangat pantas.

Inilah isi dalam parcel tu.  Saguhati bernilai RM100.  Alhamdulillah..

Bersertakan dengan surat ucapan tahniah.  Sekali lagi terima kasih buat penganjur.

Dan inilah produk-produk yang aku terima.  Ada di antaranya telah aku berikan kepada kengkawan yang menggunakannya.  Semoga muka bff aku akan bersinar-sinar.

Sekian sahaja entriku.  Bersambung lagi..






                                                                                                                  


No comments: