Friday, May 10, 2013

~Jumaat Sudah~

Assalamualaikum...^_____^

Salam semua dan salam jumaat yang penuh barakah.  Semoga hari ini memberi sinar kepada kita semua.  Bersyukur sekali lagi kerana diberi peluang untuk melalui hari-hari ini.  Sudah lima hari PRU 13 berlalu tapi masih ada lagi yang tidak habis-habis bercakap mengenainya.  Kalau log in kat FB macam-macam yang dishare mengenainya.  Boring!!!Jangan share benda yang tak betul sudah. Aku memang tak amik port.  Janji aku sudah laksanakan tanggungjawab aku.

Okaylah, hari ni sudah jumaat.  Yeahhh!!!Lompat bintang 10 kali.  Heee. Syoknya sebab rehat yang panjang.  Rehat ni memang bercadang mahu keluar untuk menyelesaikan suatu misi.  Misi ni bergantung kepada kedudukan kewangan. Heeee...

Mira mokhtar becadang mahu ke Romantika.  Maklumler dia baru pindah rumah.  Adalah benda yang nak dihiaskan di rumahnya.  Aku cuma cuci-cuci mata je.

Aku sertakan doa bulan Rejab.  Esok hari sabtu kita akan masuk ke bulan yang baru iaitu bulan Rejab.  Tak lama je lagi bulan Ramadhan bakal menjelma.  Ada lagi hutang-hutang yang belum diselesaikan.  Kena selesaikan semuanya secepat mungkin.  Moga diberi kesihatan untuk melakukan. InshaAllah...







                                                                                                          

1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Bila dah timbul Rejab petanda Ramadhan semakin menghampiri kita Fida..