Monday, May 13, 2013

~Berpuasa~

Assalamualaikum...

Selamat petang.  Entri keempat untuk hari ini.  Hari nie tak ada mood nak buat kerja tapi update blog aku ada mood.  Padahal kerja berlambak tapi aduhai.  Seolah-olah tidak bersemangat mahu membuatnya.

Entri nie adalah entri sebelum aku balik.  Oleh kerana hari ini aku berpuasa, makanya otak sedang ligat berfikir mahu makan apa untuk berbuka.  Nak masak ke, nak beli ke atau amik sahaja lauk kat rumah mak.  Hehehe...Itu yang paling mudah.  Nak masak memang tak sempat sebab nak tunggu nana habis mengaji dah pukul 6.30 petang.
So, tengoklah pada kerajinan dan kesempatan masa untuk aku nanti.  Ada masa boleh masak, jika tidak tapau sahaja.  Sekian sahaja entri petang ni.  Till then...Pada sesiapa yang berpuasa hari ini, Selamat Berbuka!!







                                                                                                         

No comments: