Saturday, October 13, 2012

~Pagi Sabtu Dan Resipi Kek Cawan Oreo~

Hi semua.  Selamat pagi sabtu.  Hari nie korang breakfast apa?Aku tak tahu nak breakfast apa.  Samada nak masak sendiri atau tapau saja di gerai depan.  Kikiki.  Tapi rasa macam nak prepare something for breakfast.  Wait and see...Pagi nie aku nak berkongsi resepi kek cawan oreo yang aku buat minggu lepas.  Ada kawan aku tanya resepinya.  So aku sharekan di sini.  Aku pun rujuk kat majalah masakan kepunyaan mak aku.  Jom kita tengok apa bahan-bahannya.

Bahan-bahan :
40gram Biskut Oreo (Hancurkan)
250gram tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik (Diayak bersama tepung)
2 biji telur
90gram mentega (Dicairkan)
180ml susu segar
100gram gula kastor
1 sudu teh esen vaanila

Cara-cara Membuatnya:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang di dalam magkuk adunan.
2. Kemudian, masukkan esen vanila dan mentega yang telah dicairkan.  Adun sebati.
3. Selepas itu, masukkan pula susu segar.  Gaul sebati.
4. Masukkan tepung dan serbuk penaik yang telah diayak bersama ke dalam adunan.  Gaul rata.
5. Kemudian, masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan ke dalam adunan kek.  Adun sebati.
6. Paipkan adunan ke dalam mangkuk kertas.  Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga masak.  Bergantung kepada oven masing-masing.  Sebelum itu, panaskan oven terlebih dahulu.

Inilah oreo cupcake aku yang telah siap dan telah diletakkan krim.  Yang ini aku guna fresh krim.  Just pukul krim sampai kembang.  Ada jugak yang letak krim aising.  Ini resepinya.

Bahan Krim Aising :
120gram mentega
200gram gula aising
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara Membuatnya :
1. Pukul mentega, gula aising dan esen vanila di dalam sebuah mangkuk sehingga ia kembang.  Sapukan krim aising ke atas ke cawan sehingga rata.
2. Letakkan sekeping biskut oreo ke atas kek cawan sebagai hiasan.
3. Sedia dinikmati.

Itu saja yang boleh aku kongikan pada pagi ini.  Nanti aku akan kongsikan resepi yang lain pula yea.  Tungguuuu...







                                                                                               

No comments: