Monday, October 1, 2012

~Order From Blogger Ejan And My Classmate~

Hari jumaat sebelah malam gigih menyiapkan order daripada mereka ini.  Sorang kenalan dari blog iaitu Ejan dan sorang kawan sekolah aku, Liesa.  Pernah menjadi classmate aku.  Ejan order kek coklat moist lapis cheese dan kawan sekolah aku order 50 pcs cheesetart.  Minat punya pasal letih pun tolak ketepi.  Apa pun ini semua atas sokongan yang tersayang iaitu asben.  Kalau dia tak membantu aku tak berdaya melakukan sorang diri.  Time bini sibuk bersilat di dapur dia yang uruskan anak-anak. 

Sebenarnya Ejan nie ada family day kat Melaka.  Itu yang dia boleh order kek dengan aku.  Selalunya aku order crabstick popia dengan dia by pos laju.  Hari tue dapatlah aku order sekali masa nak hantar kek pada dia.  Cuma sabtu tue memang kelam kabut sikit.  Ejan nak jumpa petang pun tak sempat.  Drag sampai ke malam baru dapat hantar kek pada Ejan.  Jom tengok gambar kek dan cheesetart hasil air tangan aku.

Ini dia kek coklat moist lapis cheese.  Pernah buat untuk birthday adriana dulu dan 1st time buatkan untuk orang lain.

Ini dia selepas diletakkan topping ganache dan juga edible image.  Request edible image nak princess jugak.  Ejan suruh aku letak gambar apa-apa asalkan princess.  Inilah edible yang aku pilih.

Kek dari pandangan sisi.  Diharap ejan berpuas hati dengan hasil saya yea.  Apa yang terkurang itu harap dimaafkan sebab saya budak baru belajar. :D

Ini pulak 50pcs cheesetart yang diorder daripada classmate aku.  harap ko pun berpuas hati yea.  Jangan serik untuk order lagi.

2 keping gambar yang aku ambil daripada blog Ejan.  Mintak copy yea ejan.  Credit to Ejan untuk gambar ini.  Gambar ketika anaknya potong kek di Hotel Permaisuri.  Itu saje cerita untuk order minggu lepas.  Sekian entry untuk kali ini.







                                                                                                              

3 comments:

LYAfrina said...

wah..fida buat bisness baru ye... kek ni hasil fida ye..cantik sgt2.. kalo dekat confirm leh order

::Kak Sambal:: said...

tq fyda, kek sedap sangat2... abis licin..yang penting lyna heppi

Ibu Aqmar said...

wah sedap nampak..syioklah klau org pandai buat kek ni.xyah beli kek kat luar dah..hehe :)