Saturday, June 2, 2018

Resipi Nasi Minyak

Assalamualaikum.

Selamat tengah hari.

Bila bulan puasa ini, mak-mak yang paling sibuk nak memikirkan menu untuk berbuka. Kalau tak dibelek buku resipi mestilah guna khidmat pakcik google. Masa bulan puasa inilah semangat memasaknya bagai diseru-seru.

Lainkan auranya. Rajinnya pun lain macam. Menunya pun lain macam. Masa bulan puasa inilah macam-macam nasi yang dicubanya. Masa inilah menunaikan permintaan anak tekak seisi rumah yang nak makan itu ini.

Nak nasi tomatolah.
Nak nasi ayamlah.
Nak nasi daginglah.

Jadi layankan. Masa inilah mak-mak boleh menunjukkan skill memasak korang. Dalam bulan puasa ini, aku sudah masak nasi minyak. Mana tahu kalau korang hari ini kebuntuan idea nak masak apa petang ini, bolehlah cuba nasi minyak.



RESEPI NASI MINYAK

Bahan-bahan :

Beras basmathi (sukat ikut sendiri)
Susu cair
Daun pandan
Minyak sapi
Sedikit serbuk kunyit
Sedikti minyak masak
Kiub ayam
Garam

Bahan Tumis :

1 biji bawang besar - dihiris
2-3 ulas bawang putih - dihiris
Kayu manis
Bunga cengkih
Bunga lawang
Buah pelaga
Halia

Cara-cara :

1)  Panaskan dua sudu minyak sapi dan satu sudu minyak biasa di dalam kuali.
2) Setelah minyak panas, tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau.  Masukkan daun pandan.
3) Sementara itu, dalam periuk nasi kita dah panaskan dan diletakkan sukatan air menigkut beras yang digunakan.
4) Setelah bahan tumis nampak garing dan naik bau, letakkan garam.  Kemudian letakkan sedikit serbuk kunyit untuk mewarnakan nasi.  Kemudian masukkan beras ke dalam kuali.  Gaul mesra.
5) Selepas itu pindahkan beras ke dalam periuk nasi yang berisi air.  Tuangkan setengah cawan susu cair dan juga masukkan seketul kiub ayam.
6) Biarkan nasi kering dan tunggu sehingga nasi masak.
7) Boleh dihiaskan dengan bawang goreng, kismis bila nasi sudah masak.

Itu sahaja entri tengah hari ini.  Sekadar perkongsian yang tidak seberapa.  Bolehlah mencubanya.  Lain orang lain caranya.  

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

adianiez AIDA said...

aida amik resepi ekk.
tak pernah masak nasi minya, fida :) hi hi