Thursday, June 7, 2018

Masing-masing Punya Minat

Assalamualaikum.

Selamat petang semua. 

Siapa yang ikut drama Nur? Entahlah. Drama ini ada kelainannya. Bukanlah cerita cinta pun. Selalunya kita disajikan dengan drama-drama cinta yang klise. Drama Nur ini ada mesej yang ingin disampaikan. Kita ambillah daripada sudut yang positif. Aku memang ikut drama bersiri ini sebab salah satunya adalah heronya.

Hahaha.

Pelakon kegemaran. Antara pelakon lelaki yang aku suka bila dia berlakon selain Fattah Amin dan Remy Ishak. Fattah Amin walaupun orang kata kayu aku suka jugak. Sekarang dia berlakon dah tak kayu okey. Memandangkan sekarang Capik Kyle yang nampak aktif sangat berlakonnya makanya aku ikutlah dan orang nampak aku macam obses. Macam taksub. Iye ke taksub? Kena tak maksudnya. Bukan apa, ada orang pernah kata.

Oh tidak.

Aku tak obses ya. Biasalah artis. Public figure. Mestilah ada peminat. Aku memang dari sekolah memang berperangai begini. Tanpa peminat siapalah artis. Gitu. Dulu masa sekolah aku minat Siti Nurhaliza. Sampai sekarang pun aku minat. Apa sahaja majalah yang ada muka Siti Nurhaliza aku beli. Majalah manggalah, URTV lah. Apa lagi majalah zaman aku. Aku ingat dua tu aje. Aku siap gunting gambar Siti tu. Kemudian buat buku skrap. Aku binding elok cantik-cantik. Konsert Siti pun aku pernah pergi. Masa tu tunang aku merangkap laki aku sekarang yang bawak.

Sekarang tidaklah nak menggunting bagai gambar artis kegemaran. Gila hape kau nak gunting gambar Capik ke, Fattah ke, baik aku tatap muka laki aku. Ini sekadar minat dengan lakonan depa. Walaupun tempoh hari Capik ada kontroversi, tidaklah aku ambil pusing. Tak tengok pun. Mungkin itu kisah silam dia dan sekarang dia dah berubah. Siapalah kita nak menghakimi seseorang. Aib kita ni masih terjaga kenapa perlu membuka aib orang.

Kemudian masa zaman Akademi Fantasia. Satu-satunya peserta yang aku gigih topup credit semata-mata nak undi adalah Mawi. Memang aku pulun undi dia walhal mula-mula aku tak tengok sangat pun AF tu. Tak ingat zaman tu aku belajar ke apa.

Hasil carian imej untuk drama syafiq kyle dan amyra rosli
Aku suka tengok dia orang digandingkan dalam drama Nur. Masih boleh menjiwai watak dia orang. Ada juga drama Syafiq berlakon yang aku tak tengok pun sebab tak boleh nak masuk. Bukanlah semua aku tengok.

Begitulah. Lain orang lain caranya. Ada minat ini. Ada minat itu. Jadi tak perlulah nak kondem minat orang. Cuba raikan kegembiraan orang dengan cara mereka. Cuba hargai minat orang walaupun kita tak minat. Selagi perbuatan mereka tidaklah menyalahi batas-batas agama. Kalau aku terover, sudilah menegur aku dengan cara yang berhemah. InsyaAllah aku terima.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: