Tuesday, June 5, 2018

Kisah Ramadhan: 18 Ramadhan (Anak-anak Buah Datang Berbuka)

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Lebih kurang dua jam lebih mahu berbuka puasa. Marilah aku ceritakan lagi kisah ramadhan. Entri kelima untuk hari ini. Ahadnya, anak-anak buah telefon dalam jam empat beritahu nak datang berbuka kat rumah.

Kebetulan semuanya balik Melaka. Sebenarnya tak rancang pun. Aku pula memang awal-awal dah plan tak masak hari itu. Nak panaskan lauk semalam yang aku masak masa keluarga datang. Ada lebihannya yang aku simpan. Hari itu anak-anak buah memang dah nak balik rumah dia orang. Ada yang nak balik Bangi, Shah Alam dan Gombak.

Tak sangka dia orang datang. Memang ini aje anak-anak buah aku yang selalu dan rajin menjenguk aku. Kebetulan anak buah yang sulung tu baru dapat kerja. Takut tak dapat cuti masa raya nanti. jadi dia naklah jumpa mak ayah serta bibiknya yang satu ini. 

Antara kesayangan aku juga. Memang sayang sangat-sangat. Dia orang kata tak payah masak. Dia orang datang bawak makanan. Aku masak nasi dan tambah lauk yang aku panaskan.

Ada sorang tak ada sebab kerja. Masa ni sedang menunggu azan.

Aku yang tak bersiap. Sebenarnya malas nak menukar baju. Jadi dengan seluar bunga-bunga aku bergambar. Kisahlah pulak kan.

Usai berbuka bergambar beramai-ramai itu sudah menjadi acara wajib.

Inilah anak buah yang kira paling rapat. Amirah namanya. Kita orang nama semua mula huruf A. Gigihlah bergambar letak bantal kat depan. Sebenarnya nak cover perut. Hahaha. Aku lebih rela cover perut daripada cover seluar.

Terima kasihlah pada anak-anak buah bibik. InsyaAllah kita jumpa raya nanti. Terharu sekali sebab sudi berbuka puasa di rumah bibik. Selalunya kita orang plan saat-saat akhir yang menjadinya. Kalau plan awal-awal memang ke laut. Itulah kisahnya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

adianiez AIDA said...

seronok lah bila famili dedekat.
mcm aida, keseorangan :(
adik beradik jauh.
sepupu sepapat jauh...
mak-mak sedara jauh...
bila raya baru semua balik melaka.
skang ni, semua di perantauan la.