Thursday, June 21, 2018

Kembali Bertugas

Assalamualaikum.

Salam 7 Syawal 1439.

Seminggu meninggalkan blog ini sepi. Tuannya sibuk beraya. Blog pun berayalah sekali. Seminggu dah kita menyambut lebaran yang dinanti.

Sebelum raya, sibuk membuat segala macam persiapan. Disusuli dengan sibuk beraya dan sibuk menyambut kedatangan tetamu.

Aku dah kembali bertugas semalam. Sepatutnya selasa dah kerja tapi aku alahan pada muka. Gatal merenyam. Dah makan macam-macam. Lupa diri kejapan yang diri alah. 

Hari ini tak sesendu semalam. Bergeraklah kerja-kerja atas meja. Mana tidaknya bila laki dan anak-anak cuti ko sorang kerja. Mahu tak keruan dibuatnya.

Semalam terpaksa membuat pesanan atas talian. Kedai makan kat ofis masih belum dibuka. Makanlah burger aje. Hari ini tak payah fikir makan sebab aku dah mula puasa.

Itu sahaja catatan ringkas untuk petang ini buat aku hilangkan rindu untuk menulis. Nanti aku kongsikan entri Syawal pula ya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


2 comments:

Farhana Jafri said...

Sama lah, kedai dekat area sini belum buka lagi kecuali fast-food. Selamat Hari Raya kak :)

adianiez AIDA said...

Thn ni aida heaven.
Cuti kan.
Takde blues naik keje lepas raya. Best :-)