Sunday, December 9, 2012

~Happy Sunday~


Salam semua dan selamat pagi kepada blogger di luar sana, yang selalu blogwalking ke sini, yang tersinggah di blog ini atau sesiapa pun.  Happy sunday!!!  Terima kasihlah sudi menjengah ke blog picisan ini.  Hehehe..  Kalau semalam aku bekerja, hari ini adalah hari untuk berehat di rumah bersama anak-anak. 

Bila dah berada di rumah memang banyak kerja-kerja rumah menunggu.  Kerja paling utama adalah memasak dan kerja yang menunggu adalah kain-kain baju yang meninggi bagai gunung everest.  Dah sakit mata menengokkan longgokan kain-kain tue.  

So diharap hari minggu korang dipenuhi dengan keceriaan bersama keluarga.  Esok dah isnin dan kita sudah kembali bekerja.  Esok jugak mulalah rutin harianku bertukar kerana asben aku sudah mula bertugas di tempat barunya.  Aku kenalah membiasakan diri dengan waktu kerja shifnya.  Harap aku dapat melaksankannya.