Tuesday, December 18, 2012

~Sepi Tanpa Mereka~

Salam dan selamat pagi selasa...^-^

Hari ini aku cuba untuk tersenyum melalui hari-hari yang aku rasa semakin membosankan.  Bila aku berada di opis saja perasaan ini timbul.  Kenapa erk?Aku sendiri pun tak tahu kenapa.  Huih!!

Malam tadi, masa aku dilalui dengan rasa bosan, sunyi, sepi dan sewaktu dengannya.  Sudah tidak boleh diluahkan dengan kata-kata.  Semalam balik kerja aku tinggal sendirian.  Asben keje petang dan pulang lewat malam.  Anak-anak??Sepi tanpa mereka lagi di sisi.

Mereka berdua terpaksa ditinggalkan di rumah mertua aku sehingga hari rabu.  Sebab?Mak aku tak sihat.  Tak ada orang nak jagakan dia orang.  So, aku terpaksa hantar anak-anak ke rumah mertua.  Bukan sengaja nak tinggalkan mereka tapi keadaan terpaksa.  Siapa yang nak anak-anak tak ada depan mata.  Sudah semestinya tak ada siapa yang nak bukan?Samalah dengan aku.
 
Sunyi!!!Itu jealah yang dapat aku katakan.  Semalam aku isikan dengan pelbagai aktiviti untuk diri sendiri.  Mengemas apa yang patut dan akhirnya aku mengadap pc dan menaip!!

Anak-anak mama, mama sunyi yea korang tak ada.  Cepatlah esok!!!Sekian entry pagi ini yang penuh emosi.  Aku yang emosi..korang jangan beremosi pagi-pagi nie.  Tak baik untuk kesihatan!!








                                                                                                                    

2 comments:

Hazlina Shahrel @ The QueenWidelia said...

mesti rindu kan............

Jue @ atanayuiman said...

kan? walaupun dorang suka bg kita kerja tpi dorg juga yg kita rindu..