Sunday, December 16, 2012

~Aktiviti Kami Semalam~

Salam dan selamat pagi ahad.

Hari ini adalah hari berehat di rumah sahaja sebab malam nanti asben kena keje malam ganti orang.  Aku dan anak-anak seperti biasa.  Di rumah saja.  Memandangkan esok sudah pun mula hari bekerja.  Boring!!

Semalam petang kami keluar jugak akhirnya untuk membeli barang.  Nak beli susu, nak beli pampers.  Adalah 3 shopping kita orang pegi.  Mana taknya, beli susu kat mydin.  Nak beli pampers kena pegi Tesco pulak.  Kemudian kami ke Aeon Bandaraya pulak.  Memang semalam adalah hari menghabiskan masa bersama serta mengeluarkan duit.  Quality time for us!!!

So seperti biasa aku sempat snap beberapa keping gambar untuk kenangan aku.

Gambar nie diambil di Mydin.  Kat sini macam-macam nak dicari.  Dari barang basah sampailah barang kering.

Dan inilah hasil rembatan kami.  Memandangkan semalam hari tanpa beg plastik inilah jadinya.

Gambar ini pulak diambil di Aeon Bandaraya.  Kat Tesco tak ada gambar sebab aku dengan ammar jea yang masuk.  Lagipun nak beli pampers jea.  Sudah semestinya Tecso choice.
 
Dari Aeon Bandaraya kami mencari destinasi untuk mengisi perut.  Inilah tempat pilihan kami untuk mengisi perut.  Restoran Chucuk chucuk.  Tempatnya di Bukit Beruang.

Ini menunya.  Boleh pilih buffet atau ala carte.  Kita orang makan yang buffet.  Harga untuk seorang dewasa adalah RM20.  Kanak-kanak bawah 6 tahun tidak dikenakan bayaran.

Sedang mencelup bahan-bahan yang kami pilih.  Adalah dalam 30 cucuk jugak kita orang makan.  
 
Tengok ammar khusyuk tue.  Aku nak suap tak nak.  Nak makan sendiri.
 
Adriana pun nampak berselera.  Aku makan sampai kenyang.  Balik rumah perut bukan main penuh rasanya.  So pada sesiapa orang Melaka atau yang datang ke Melaka bolehlah cuba menjamu selera di Restoran Chucuk chucuk nie.  Not bad.  Balik rumah buat kerja sikit sebab nak tidur masih kekenyangan.  So antara kerja yang aku buat adalah update blog!!:D







                                                                                                                    

2 comments:

mummY daniSha said...

wahh ada satay celup halal ye..haruss try ni!

LYAfrina said...

hihi..name kedai tu ;-)

ni yong tau fu kan?