Wednesday, December 26, 2012

~Isnin Yang Memenatkan~

Assalamualaikum...^___^

Kembali lagi untuk mencatatkan rutin harian aku di sini.  Perkara utama untuk dijadikan kenangan pada diri sendiri dan selebihnya adalah untuk berkongsi.  Tidak bertujuan lain.

Hari isnin aku cuti, asben pun off day.  Memang haruslah aku cuti jugak.  Boleh bawak adrianammar jenjalan.  Bukanlah jalan-jalan sangat sebab tujuan utama adalah untuk membeli barang dan menguruskan hal-hal yang tertangguh.  Ahad pun kita orang keluar, isnin pun keluar jugak.  Memang tak lekat kat rumah.

So isnin lepas makan tengahari, kita orang keluar.  Ke pejabat pos bayar bil, kemudian kita orang ke Aeon Bandaraya.  Mencuci mata sambil membeli-belah.

Ini masa kat jusco.  Ada persembahan untuk christmas.

Nana dengan gayanya bila bergambar.

Kat jusco adalah membeli sedikit barang.

Lepas dari jusco, kami ke family store.  Kemudian ke Mydin pulak.  Semua nak cari barang.  Pi kat sini tak ada, pi ke sana pulak.  Mana tak banyak tempat nak pegi.  Tapi masa keluar ari tue, nanammar meragam jea.  Ada jea tak kena dengan dia orang.  Memang horror sikitlah hari tue tapi masih terkawal.

Itu jealah cerita mengenai isnin aku bersama 3A aku.  Bila cuti memang tak lekat kat rumah.  Mesti nak keluar aje tapi bila ada urusanlah.  Kadang-kadang tak kuar jugak nak-nak tengah bulan..:D





                                                                                                                     

No comments: