Friday, August 10, 2018

Satu Rasa

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Seperti biasa, jumaat rehatnya panjang. Aku tak ke mana pun. Lebih memilih untuk bantai membuta daripada keluar ke shopping mall. Kalau keluar mahu aku menyimpang. Bukan boleh percaya. Modus operandinya mahu makan kononnya mahu aku menyinggah kat Watsonlah, Guardianlah. Itu semua boleh melingkupkan duit.

Langkah paling selamat kita duduklah di pejabat melayan mata. Nikmatnya tidur tanpa gangguan. Bukan apa, kalau dah shopping mesti duit habis. Pastu aku stress sendiri. Jadi baiklah jangan memulakan. Hahaha.

Semalam, ada sesuatu perkara yang merobek hati. Aku tak tahulah aku terlalu sensitif ke apa. Entahlah dah tua-tua pun masih tak tahu nak mengawal emosi untuk perkara yang remeh-temeh. Mungkin juga ada perkara yang buat orang terasa dengan kita pula. Siapa tahu kan?


Adakalanya kita tidak perasan tindak-tanduk kita menyinggung perasaan orang. Kata seseorang meminggirkan seseorang itu seperti menghina. Allahu. Tersepit. Yelah, cuba kita pula duduk di tempat orang yang dipinggirkan. Apa perasaan kita pula. Entahlah. Andai ada kita berbuat silap jalan paling selamat dan untuk mendapat ketenangan hati adalah meminta maaf.

Itu ajelah coretan untuk hari ini. Sebenarnya nak tulis entri lain tapi ini pula hasilnya. Tak mengapa. Nanti aku habiskan entri-entri raya yang tinggal beberapa saja lagi. Raya haji is coming. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

1 comment:

as samsudin said...

I can lend my shoulder to u....