Monday, August 13, 2018

Beraya Ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Selamat bekerja. Kembali dengan entri lagi. Gigih juga siapkan entri-entri untuk minggu ini. Hari biasa memang tak berkesempatan pun nak menulis. Aku ni nak menulis cerpen pun dah tak sempat. Tak sempat tu satu hal. Tak ada mood pun iye jugak. Kalau ada mood boleh aje sempatnya. Alahai. Entah kenapa mood tu hilang terus. Susah juga kalau mood nak menulis tu dah tak ada.

Setiap tahun pun selama aku berkahwin, hari raya mesti pergi beraya ke Kuala Lumpur rumah adik-beradik mak mentua dan juga ke rumah sedara sebelah ayah mentua. Aku ikut aje walaupun setiap tahun aku akan tanya rumah siapa kita nak pergi. Kalau sebelah arwah ayah mentua aku memang tak berapa hafal. Jumpa pun setahun sekalinya.

Kita orang pergi hari sabtu minggu kedua ke ketiga raya. Macam tu lah. Aku dah lupa. Mak mentua datang tidur rumah sebelah malam sebab esoknya terus gerak aje. Tak payah pusing amik mak mentua kat nun di rumahnya.

Sebelum keluar tol Ayer Keroh mesti singgah makan warong ini. Boleh tahan masakannya.

Jarang sangat tok laki ajak berswafoto.

Swafoto bersama mak mentua.

Rumah pertama yang kita orang singgah. Rumah adik mak mentua.

Kemudian ke Kajang pula. Sebelum masuk rumah kita bergambar dulu.

Ini rumah kedua yang kita orang singgah.

Kemudian terus ke Kuala Lumpur. Adoi lokasinya aku tak berapa nak pasti.

Rumah keempat. Sampai dalam jam enam petang. Tengoklah budak berdua tu punya khusyuk menonton televisyen.

Tunggu adik ipar sekali datang rumah mak ngah. Dia naik grab dari tempat praktikal dia. Adik ipar aku ni masa aku bercinta dengan abang dia kecik lagi ni. Pernahlah ikut kita orang keluar sekali. Sekarang tengok besar panjang dah dia.

Sebelum balik mestilah bergambar dulu. Tudung biru itulah mak ngah.

Kemudian sempat singgah rumah anak buah di Subang. Dia siap masakkan kue teow basah. Sedap. Beberapa hari sebelum aku datang dia sibuk dok mintak resepi mee basah. Itu yang dia suruh aku cuba pula kue teow basah hasil air tangannya. 

Kemudian dari Subang kami terus balik Melaka. Sampai Melaka dalam jam 12.00 tengah malam. Adik ipar sudah menunggu di Tol Ayer Keroh untuk menjemput mak mentua. Itu sahaja entri pagi ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: