Friday, September 28, 2012

~Lunch Tadi Di Jusco~

Yezaaaaa...Lunch tadi di jusco. Tekak nak makan sesuatu kat sini. Bila dah ada kenderaan sendiri inilah jadinya. Panjang langkahnya..hihihi..So tadi ajak opismate aku ke jusco. Nak ajak kak nisah dia sudah tidak mampu berjalan. Kalo ikut memang dia ketinggalan jauh di belakang. Kesian dia. So dia hanya mampu mengirim saje. Banyak betul kiriman dari dia. Biarlah dia makan puas-puas sebelum menempuh pantang.

Ini minunan aku tadi. Hanya beli milo ais untuk membasahkan tekak. Tunggu makanan lambat sangat sebab ramai orang. Aku dahlah kelaparan sebab tak breakfast pagi tadi. Itu yang kebulur satu macam. Hihihi..

Inilah opismate aku. Kanak-kanak ribena lagi. Hihihi..Kawan dengan kanak-kanak riang aku pun jadi riang. Idakler aku rasa tua bebenor. Iyelah beza banyak kan umur kami. Mira, riang tak akak?hihihi...

Tadaaa...This is our food for lunch tadi iaitu wan tan mee. Inilah yang tekak ngada-ngada nak makan. Rupanya kanak-kanak ribena pun nak makan. Patut licin pinggan dia. Dia belajar makan wan tan dari ahkak yea. Itu jealah ceritanya. Penat update blog dari tab. Guna jari yang tak berapa nak runcing nie memang memenatkan. Dok error memanjang. Kalo ada typo tue harap maklum yea.