Tuesday, April 21, 2020

PKP Hari ke-35: Bahagia Cara Kita

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Sudah sebulan lebih kita duduk di rumah. Macam aku memang sungguh-sungguh duduk di rumah. Sudahlah duduk di tingkat 4. Lagilah memang terperuk. Keluar rumah hanya suami saja. Dia beli barang dan pergi kerja.

Hari ini tiada gambar masakan sebab memang tidak memasak pun. Panaskan lauk semalam. Masih ada lagi jadi habiskanlah. Jangan membazir. Aktiviti di rumah masih sama. Selagi duduk di rumah biarlah kita gembira-gembira sambil menanti kedatangan Ramadan.

Biar pun perancangan untuk menyambut Ramadan bersama keluarga di Melaka tidak dapat dilaksanakan, Ramadan tetap juga akan disambut.

Hari ini apa yang aku lakukan bersama anak-anak?

Ini aktiviti sendiri. Akhirnya dapat jejak ke angka 40k.

Kemudian memantau anak-anak buat kerja sekolah. Ada latihan di google classroom.

Walau duduk di rumah, anak-anak masih diberi kerja sekolah dan latihan yang perlu dilakukan.

Akhirnya acuan donat aku sampai. Perkara yang aku belajar sepanjang PKP ini aku semakin pandai membeli di Shopee. Sebelum ini tak pernah heran pun.

 Minum petang aku order saja. Ada mak kawan Dak Ammar menjual. Jadi kita membelilah.

 Congo bar dari Mamasab Bakery.

Sebelah petang, lepas suami balik kerja buat senaman ringkas. Aku rasa macam dah mendugong dan membadak sejak duduk di rumah. Terlompat-lompat. Marah agaknya orang bawah. Orang atas bising.

Lepas Maghrib memang video call dengan mak.

Ini hasil rekaan Dak Nana dan Dak Ammar. Sudah macam-macam rekaan. Kali ini rumah besar.

Inilah aktiviti anak-anak di dalam rumah. Nak keluar kita ada laman. Jadi pusing-pusinglah dalam rumah kecil kita ini. Walau bukan rumah sendiri, buat masa ini kita perlu menggembirakan hati masing-masing agar tidak tertekan. Kata orang, bahagia cara kita.

Semoga semuanya bahagia dan gembira walau duduk di rumah. Wabak durjana ini perlu dihapuskan. Kita belum menang tapi kita mesti menang.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


2 comments:

NA said...

Bahagia saya banyak tidur. Hehe.
Memang belum menang lagi. Kena pstikan sifar Covid-19 supaya rasa selamat di luar.

Siti Yang Menaip said...

pejam2 celik je kan esok da nak puasa.. memang kalo da duduk tingkat 4 tu bercinta sungguh nak keluar. saya pun malas tapi kenala kluar juga sbb berdua je dgn mak. hehe..