Saturday, April 18, 2020

PKP Hari ke-32: Ikan Pari Masak Kari

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Hari ini dapat menulis awal sebab malam nak fokus menulis manuskrip. Malam tadi sudah ke angka 39148 patah perkataan. Menghampiri ke 40k! Jadi harap malam ini dapat meneruskan lagi menulis manuskrip UKBC.

Apa aktiviti korang hari ini?

Aktiviti aku macam hari-hari sepanjang PKP. Bangun pagi fikir sarapan, kemudian masak tengah hari. Memantau anak-anak belajar. Kemudian baring-baringlah baca novel. Kalau bernasib baik aku baca sambil pejam mata (baca: tertidur).

Nanti ada yang mengejut. "Mama ni nak baca buku ke nak tidur?"

Terpisat-pisat aku bangun. "Mama bacalah." Masih tak nak mengaku yang kau tertidur.

"Tadi Nana nampak mama tidur. Cuba tidur betul-betul."

Begitulah prihatinnya si anak.

Kita bahagia cara kita walaupun jauh di lubuk hati pelbagai rasa sedang menghantui. Kita doa banyak-banyak.

Sarapan suami beli roti canai. Memandangkan aku failed tempoh hari membuat roti canai, jadi aku kemalasan mahu mencubanya lagi. Lenguh tangan kite. Hehehe.

Ikan pari masak kari.

Ini saja menu kami hari ini. Sup itu lebihan semalam aku panaskan.

Kelmarin mak hantar gambar. Mak buat roti boyan. Wah kegemaran aku tapi aku biasalah memang tak reti buat roti boyan. Orang boyan yang tak pandai. Hahaha. Siapa pernah makan?

Alhamdulillah barang-barang kuih mak dah sampai rumah. Aku orderkan kat King Hin. Mujurlah King Hin ada buat penghantaran. Jadi tak payahlah nak keluar ke kedai. Kasihan adik aku semua benda nak buat. Jadi aku jauh macam inilah yang boleh dibantu.

Buat warga Melaka, kalau malas nak keluar ke kedai bolehlah buat pesanan. King Hin akan hantar barang-barang ke rumah. Terima kasih King Hin kerana menyediakan perkhidmatan ini dalam tempoh PKP ini. Ini memudahkan urusan kami.

Bolehlah ke page FB King Hin.

‼️‼️Berita baik ‼️‼️

Sepanjang tempoh PKP bermula ESOK 16 April 2020, kami menyediakan penghantaran di dalam kawasan Melaka
.😍😍

1. 📲Order barangan yang anda mahu melalui whatsapp / fb messenger kami.
WA : KingHin Bukit Piatu : +6016 286 2197

2. ✅Confirmkan order tersebut dgn staff yang bertugas.

3. 📱Pastikan anda berikan nama penuh, alamat yang betul dan no telefon untuk dihubungi.

4. 💳Buat pembayaran melalui online transfer & berikan salinan slip pembayaran kepada kami.

Atau

💵Buat pembayaran cash on delivery.

5. 🚚Tunggu staff kami hantar dalam tempoh 1 - 2 hari.

*Tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

#stayathomekinghinsendtoyou.

Aku letakkan iklan dari page King Hin untuk memudahkan pembaca-pembaca dari Melaka yang singgah di blog ini. Semoga membantu.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


2 comments:

NA said...

Semoga berjaya capai 40 000 patah perkataan.
Wah barang buat kek pun boleh hantar depan rumah.

Warisan Petani said...

Mudah menyopink sekarang