Thursday, April 9, 2020

PKP Hari ke-18: Memasak dan Mengemas

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Aku draft sampai sinilah sebenarnya. Untuk yang minat menulis, memang masa yang ada digunakan untuk menulis selain membaca. Blog aku ini waktu kerja, memang sudah agak lama ditinggalkan. Kemudian tahun lepas sibuk dengan nak siapkan manuskrip Insan Kau Cinta. Lagilah sibuk dan tak terlayan blog ini.

Jadi bila ada masa ini, aku gunakanlah untuk menulis di sini sambil menitip kenangan sepanjang PKP. Jauh di sudut hati, kerisauannya usah dicakapkan.

Bila dapat duduk di rumah, kerja mengemas pun salah satu aktivitinya. Memandangkan sebab PKP di JB, jadi ruang mengemas agak terhad. Pusing-pusing situlah. Menyewa rumah flat dua bilik jadi bolehlah bayangkan bagaimana. Ulang-ulang kemas di tempat yang sama.

Anak-anak asyik bercakap. "Kan best kalau duduk rumah Melaka."

Melaka memang rumah sendiri. Nikmatnya lain macam tapi barang keperluan banyak di JB. Rumah Melaka memang peralatannya ada cuma yang asas memang bawa ke sini. Jadi lebih baik duduk di JB walaupun hati meronta-ronta teringat rumah sendiri.

Bubur ni masak guna pressure cooker. Tak tahu nak adjust airnya lagi dan masa ni aku dah ambil gambar. Jadi tak kuasa nak ambil gambar yang baharu. Sedaplah juga masak guna pressure cooker. Masak sup tulang cepat saja lembut. Tak payah tunggu lama-lama.

Minum petang kami. Kakak Nana goreng keropok. Dah boleh diharapkan juga setakat nak suruh goreng keropok, tanak nasi, goreng nugget.

Kemudian Kakak Nana potongkan buah kiwi. Letak asam sedap sekali.

Malamnya, aku tak ada buat apa. Jadi mengemas troli ini. Selalunya dok bersepah tak bersusun. Sakit mata pun buat-buat tak nampak. Ini dah diberikan masa terluang di rumah. Dapatlah mengemas.

Dapatlah aku susun segala rempah-ratus dan segala bahan masakan. Sedap sikit mata memandang. Oleh sebab ruang dapur kecil, jadi gunalah troli. Mujurlah rumah sewa ini ada kabinet. Dapatlah simpan barang-barang yang jarang digunakan.

Salam pena,
Fyda Adim




No comments: