Friday, April 17, 2020

PKP Hari ke-30: Memasak dan Menonton

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Baru berkesempatan mahu menulis entri untuk semalam. Semalam fokus pada manuskrip, jadi kenalah tinggalkan medium ini dulu. Macam biasa setelah 30 hari duduk di rumah, antara aktiviti yang paling rajin dilakukan adalah memasak.

Yelah, anak-anak di rumah yang sedang membesar memang seleranya memuncak. Hampir setiap hari, kadang setiap masa ditanya mama nak masak apa. Kita bahagia ikut cara kita kaedahnya. Memandangkan ruang dalam rumah terhad (flat dua bilik) yang disewa setahun lalu menjadikan kita orang berlegar-legar sekitar ruang inilah.

Itu mula-mula PKP, anak-anak tanya kenapa tak balik duduk di Melaka. Memang di sana rumah kita sendiri, lebih selesa tetapi barang makan, keperluan asas kita banyak di sini. Jadi suka atau tidak kenalah duduk di sini. Lagi pula suami kerja. 

Begitulah kronologinya.

Duduklah mana-mana pun asalkan kita semua selamat. Semoga wabak ini cepat-cepat pergi jauh di muka bumi ini dan jangan datang-datang lagi. Keranamu, gaya hidup manusia pun berubah. Ada hikmah yang perlu kita carikan. Kita mengalami 'a new normal'.

Sarapan kami yang disediakan oleh Dak Nana. Ada masa dia nak memasak jadi aku serahkan pada dia. Boleh mama goyang kaki. Wedges yang digoreng guna air fryer dan roti sosej.

Sambil tu aku selalu menulis di laman muka buku. Adalah cerita-cerita santai di sana.

Ini kisah aku dan jiran.

Setiap hari aku menontonnya. 

Sebelah petang aku goreng mi sebab suami pun nak balik kerja. Hari Khamis Johor kan balik awal.

Aku order delivery tauhu begedil daging. Sepanjang setahun duduk di JB, belum pernah order delivery ke rumah. Nampak status IG kawan aku, si Raja Amalia dia order beberapa hari lepas. Aku pula sedang craving jadi cepatlah aku terjebak. Sekali dua aku beli. Siap digoreng dan yang frozen. Senang. Warja JB, bolehlah cuba dengan Afiqah Hazali.- boleh klik namanya.

Menonton berita semalam. 

Status yang aku tulis di laman muka buku.

Tidak dibenar balik kampung sambut Ramadan.

Sayu hati baca sebaris ayat itu.

Tempoh hari sebelum PKP, memang sudah merancang dengan Pakcik Kastam.

“Kita puasa jumaat. Khamis tu kita balik Melaka.” Rancang kami berdua dengan perasaan berkobar-kobar.

Begitulah kita. Sekadar mampu merancang. Nampaknya tahun ini, Ramadan kita sambutlah di perantauan. Mungkin melarat sampai raya.

Tak mengapalah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Kafida.
— Jangan sedih-sedih ya!


4 comments:

Warisan Petani said...

Minggu depan dah puasa, kurang sikitlah kerja2 kat dapur.

NA said...

Aduh sedih tak dapat jenguk rumah di Melaka. Orang kata rumah home sweet home.

umifuzy said...

dugaan kan..semoga kita semua tabah dengan dugaan ni

tauhu bergedil tu buat terliur la pulak

SalbiahM said...

Baiklah saya tak sedih. Semoga dipnjangkan umur kita untuk bertemu Ramadhan