Monday, November 21, 2011

~Beef Steak Black Pepper~

Malam tadi try buat beef steak.  Dari ari tue asben kata nak makan beef steak.  Kebetulan bila aku blogwalking kat blog ana suzana, dia ada letak resipi beef steak black pepper.  Nampak pun simple jea.  Apa lagi aku pun salin bahan-bahan.  Sekali bila aku cari beef and herb gravy kat mydin tapi tak jumpa.  Aku pm ana tanya mana nak beli.  Ana kata cari kat jusco.  Apalagi zasss aku ajak asben aku ke jusco.  Suka yg teramat bila jumpa kat jusco.

So, semalam aku try buatlah.  Kebetulan ada daging korban.  Bolehlah buat.  Tapi aku potong cara akuler gamaknya.  Tidaklah besar sangat daging tue. 
Inilah rupa beef steak aku tue.  Ana, tq yea.  Resipinya sangat-sangat mudah dan cepat penyediaanya.  Sesiapa yang nak try bolehlah menjengah ke blog ana.  Resipinya ada di situ.  Selain itu aku sediankan potato wedges dan coleslaw untuk dimakan bersama beef steak.  Kacang tue aku beli yang ready made jea.

RESIPI BEEF STEAK
Sumber : Ana Suzana

Bahan-bahan :
Daging
Sos Black Pepper
Sos Cendawan
(Perap daging dengan sos di atas)

Aku perap daging tue dalam setengah jam.  Selepas itu bolehlah goreng bersama minyak dan butter. (Ana, saya guna minyak biasa jea) :-)

Untuk Sos Black Pepper:
Beef and Herb Gravy
Sos Black Pepper
Sos Cendawan

Cara-cara Sos Black Pepper:
1. Ambil air sebanyak 300ml dan letak dalam periuk.
2. Kemudian tuangkan serbuk beef and Herb Gravy tue.  Kacau sampai sebati.  Jangan biar berketul-ketul.
3. Kemudian campurkan dengan 3 sudu besar sos black pepper dan 1 sudu besar sos cendawan.
4. Masak sehingga menggelegak dan sedia untuk dihidangkan.

Sekian.  Memang best nanti boleh buat lagi.  Tak payah beli kat luar.  Terima ksaih sekali lagi kepada ana.   Bolehlah mencubanya.  Lain-lain tangan, lain-lain rasanya.  Selamat mencuba!!!

4 comments:

Ana Suzana said...

Wahhhh menjadi tak.. Mekasih sbb cuba.. Ana tak try guna daging korban sbb takut liat.. Kekekkeke..

Kakzakie Purvit said...

Masak apa pun Fida kalau yg makan berselera hati kita puas. Itu yg kalau nak buat lagi pun rajin je...

maszmadi said...

semalam masz ada wat gak kat uamh tp guna bahan yg ada kat umah jerk.. menjadi jugak, tp koslo x der, janji ada rasa black paper kan.. hehe

@lfidah @dim said...

ana suzana>>alhamdulillah jadi. nasib daging tue taklah liat.sebab daging tue ada asben kata guna yg tue dulu..try n error.:-)

kak zie>>betul ckp akak tue.tgk asben mkn bersemangat nak bt lg..hihihi

masz>>sy ikut resipi ana suzana..mmg nak bt weekend jd dptlah cr bahan2nya..