Thursday, September 6, 2018

Entri Pembuka September

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Seminggu juga blog ini menyepi. Entri terakhir yang aku tulis sehari sebelum hari merdeka. Kemudian bila hari cuti memang jangan haraplah nak menulisnya. Hari merdeka dah awal-awal pagi keluar menyambut merdeka. Balik rumah sibuk memasak. Kemudian malamnya aku keluar kejap dengan sepupu dan anak-anaknya.

Esoknya, sabtu dan ahad aku kena kerja. Sibuk dengan persiapan untuk majlis isninnya. Itu yang buat tak ada masa nak menulis. Sebenarnya ada kerja yang aku kena siapkan. Tapi aku kosong. Satu benda tak buat lagi. Kena siapkan sebab penyelenggara sudah minta biodata dan anekdot bagai.

Sedang pulun dan memerah otak juga. Sebab ada benda lain nak dikejarkan untuk disiapkan. Tolong! Tolong! Kemudian blog ini pun satu hal. Tak boleh kalau tak diupdate. Mesti teringat-ingat. Hehehe.

Minggu ni biasalah, sibuk uruskan rutin harian seperti biasa. Anak-anak sekolah, bila rajin siapkan bekal pagi, masak untuk makan malam dan bermacam-macam lagi.

Image may contain: food
Fettucini goreng tomyam aku masak hari isnin untuk makan malam. Kebetulan balik awal hari itu sebab jadi urusetia majlis jadi masak pun awal siapnya.

Port biasa aku lepak menunggu Ammar.

Makan malam. Nasi goreng kicap lagi.

Kejadian petang isnin masa aku nak menyuap makan fettucini goreng. Ammar masuk terpekik-pekik.

“Ma, telefon bomba kucing kita tersangkut kat atas pintu tepi tu.”

Terbantut nak menyuap makanan. Terus bangun capai tudung sarung dan keluar ke tempat kejadian.

Sampai tempat kejadian benda pertama aku buat amik gambar dulu. Kemudian panggil si kucin tu. Kucing tu cuak-cuak aje nak turun.

“Meow turunlah.” Itu ajelah yang mampu aku buat. Hahaha. “Adoi, ko panjat pastu tak tau nak turun.”

Dak Nana yang semangat menguruskan kucing tu. Macam-macam cara dia buat. Nak harapkan maknya yang alergik kucing ni memang tak boleh harap. Jadi tukang sorak aje.

Akhirnya, Nana yang berjaya tarik kucing tu turun setelah beberapa minit berposakkan kucing tu.

Anda rasa saya punya masa untuk sakit kepala?

Caption aku panjang lebar aku tulis kat insta berserta gambar berkenaan. Sejenis perangai kalau dah mula nak bercerita memang panjang lebarlah aku tulis.

Minggu ni satu hari aje yang dia orang bawak bekal. Aku tak sihat badan sengal-sengal membawa keletihan dan sewaktu dengannya sekali pakej kemalasan. Hahaha.

Kebetulan hari rabu anak-anak tak sekolah agama. Jadi aku ajak mereka beriadah di Bukit Serindit.

Mereka sudah kebosanan menunggu mama.

Mamanya sibuk menggelinjang. Hahaha.

Dapatlah jumpa dengan geng lari sebab dia pun erobik petang tu. Tapi kita orang lebih gelak daripada erobiknya.

Balik beriadah singgah rumah mak sebab mak habaq dia masak sup tulang dan nasi lemak. Kalau mak masak mana boleh tak makan. Menyelerakan aje.

Menu malam ini. Yee mee sup.

Itu sahaja entri ringkas untuk malam ini. Aku nak sambung siapkan kerja lain. Oh ya, aku sudah habiskan novel Lelaki Kiriman Tuhan. Seminggu juga ambil masa nak habiskannya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim