Pages

Thursday, December 29, 2016

Travelog : Pulau Langkawi - Menaiki ETS

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat pagi semua. Entri pertama untuk hari ini adalah cerita percutian aku dan keluarga ke Pulau Langkawi. Malam tadi gigih memilih gambargambar percutian. Berpinar mata dek terlampau banyak gambar. Jadi akan ada beberapa entri tentang percutian ini supaya tidak terlampau panjang ceritanya dalam satu entri. Aku yang nak menulis pun agak bercinta juga. Haha.

Perjalanan ke Pulau Langkawi adalah pada 9 Disember yang lalu. Seminggu sebelum bertolak, hati sudah menggetik-ngetik. Nak bercuti kan. Siapa yang tidak teruja. Aku pula memang teruja memandangkan sudah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke sana. Ini adalah kali kedua selepas sembilan tahun. Sewaktu aku ke Pulau Langkawi tahun 2007, waktu itu aku sedang mengandungkan Adriana. Percutian ke Pulau Langkawi ini adalah family day Kastam tempat asben. Unit dia saja. Dia orang rancang sama-sama untuk bercuti dan buat family day sekali. Gitulah. Perbelanjaan pun sendiri-sendiri.

Perkara yang paling aku tidak gemar bila mahu bercuti adalah kemas beg. Bila aku yang kemas, tukang komplen adalah laki aku. Akan adalah dialog-dialog tidak senang dia yang terpacul dari mulutnya.

"Awak ni bawak banyak baju kenapa?Kita pergi tiga hari aje."

Biasalah kalau aku yang pack baju. Kalau boleh satu almari aku nak angkut. Haha. Konsep backpackers pun entah ke mana.

Sebelah malamnya aku siap-siapkan bekal. Asben beria-ia suruh bawa bekal. Asben aku memang lebih suka bawa makanan dari rumah. Dia lebih suka aku yang masak. Hahaha. Maka hari itu, ada sandwich, nasi goreng, ayam goreng, nugget. Konsep backpackers telah bertukar konsep berkelah. Malam itu pula aku tak boleh nak tidur. Bukan teruja nak pergi bercuti. Waktu itu jugalah aku selsema. Hidung tersumbat. Dapat bayangkan. Serba-salah dibuatnya malam itu. Nak makan ubat aku takut terlajak pula. Tiket ETS jam 9.30 pagi. Makanya aku sorang terkebil-kebil melayan mata memandangkan yang lain semuanya sudah tidur. Aku terlelap tetapi nasib baik terjaga jam 4.30 pagi. Terus bangun dan kejutkan asben.


Kami sudah siap untuk bertolak. Jam 5.30 pagi kami keluar rumah. Kenderaan pertama kami hari itu. Kami adalah keluarga yang paling banyak menggunakan kenderaan untuk sampai ke Pulau Langkawi. Yang lain ada yang naik bas dan ada yang memandu sendiri. Aku memang tak nak bagi asben drive sebab dia bukan boleh. Mesti migrain. Jadi baiklah kita menggunakan pengangkutan awam sahaja.

Perjalanan menuju ke KL Sentral.

Berpandukan waze untuk tiba ke KL Sentral.

Alhamdulillah, selamat sampai KL Sentral. Sebelum ambil keputusan untuk letak kereta di KL Sentral kami sudah survey harga parkingnya. Tapi ada kesilapan di situ. Aku akan ceritakan di lain entri.

 Beria-ia tiga beranak tu. Yang menarik beg tu tak tahan. Bajet-bajet pramugari.

Suasana di KL Sentral.

 Sementara menunggu waktunya tiba, kami menjadi penghibur jalanan.


Duduklah di mana-mana. Sampai awal juga di KL Sentral.

 Kemudian bila tiba masanya, orang ramai sudah berpusu-pusu di pintu masuk.


Kenderaan kedua kami. Sebelum melangkah masuk ke dalam ETS, sempat kami bergambar.

 Suasana dalam ETS.

Adalah skrin di tengahnya.

 Bila keretapi bergerak, datang seorang lelaki menyemak tiket.

Aku duduk bersama Ammar. Inilah pandangannya. Aku menghadap ke arah bertentangan. Faham tak konsepnya? Tak tahu nak menerangkannya.

Budak ini tak reti duduk diam. Kejap berdiri, kejap nak duduk sebelah luar. Pening maknya. Sudahnya aku hadapkan dia makanan. Baru diam. Diam kejaplah. Makanan habis dia mula balik. Jakun dot com anak aku tu.

Permandangan yang cantik dan menyejukkan mata sepanjang perjalanan. Yang paling teruja bila aku terpandangkan Victoria Bridge sewaktu melalui Kuala Kangsar. Tak sempat nak amik gambar.

Merenung ke luar jendela menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa.

 Aku tak pasti ini dekat mana. Tapi indah sekali permandangannya.


Aku dan anak teruna yang tak reti duduk diam. Dia diam masa makan dan tidur saja. Itu pun dia tidur kejap aje.

Jambatan Pulau Pinang. Dari jauh aku melihatnya.

Seronok tengok anak-anak gembira. Bagi dia orang merasa naik keretapi jalan jauh. Waktu ini ada lagi satu stesen saja lagi mahu sampai. Kami turun di stesen Arau.

Bersambung...

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

adianiez AIDA said...

please.
nak tau details ets ke langkawi.
memang tgh cari info sebeno nyer.
especially tang rate parking kat kl sentral & dari ets p.besar ke jeti, camne ekk.
tq in advance.