Tuesday, December 6, 2016

Catatan Jumaat

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua. Minggu ini aku akan bekerja selama empat hari saja. Jumaat aku mula bercuti. Tak sabar rasanya. Jumaat lepas tanpa dirancang, aku terpaksa ambil cuti kecemasan.

Lain yang dirancang hari itu, lain yang jadinya. Semua sudah diatur oleh-Nya. Kita hanya mampu merancang sahaja. Kesinambungan cerita kereta rosak, malam itu asben sampai Melaka. Entah apa yang dia godek-godek terus enjin boleh dihidupkan. Lepas ini, aku kena belajar jadi mekanik pulak. Multi purpose kekdahnya.

Budak ni yang buat maknya terbantut nak pergi kerja. Pagi jumaat lebih kurang jam 5.00 pagi budak ni menangis-ngangis dan tak bagi aku pergi kerja. Aku rasa dahinya. Panas. Lagi buat aku serba-salah. Sudahnya aku korbankan cuti aku.

Kebetulan sebelah petang aku dapat tempahan untuk set up candy booth majlis hari jadi. Tapi bila dah disusun atur jadual aku sepatutnya aku tak pergi set up. Biras aku aje yang set up dan aku akan bukak malamnya.

Jadi bila dah cuti, aku tukar plan asal. Aku ikut sekali set up di Bukit Beruang. Majlis bermula selepas asar. Kita orang setup dalam jam 3.00 petang.

Temanya Didi and Friends.

Inilah hasil kami petang itu. Harap customer berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

"Love Is Sweet, Love Our Treat."

Bagi orang Melaka yang ingin menyerikan majlis anda dengan candy booth bolehlah whatsapp 017-6741270 
(Fyda Adim).

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments: