Tuesday, December 27, 2016

#MyTravelokaEscapade | Korea, Tunggu Aku Datang!

Assalamualaikum.

Hai.

Salam sejahtera dan salam sehati sejiwa. Salam pembuka bicara setelah beberapa hari bercuti daripada menulis entri. Kekangan masa membataskan diri untuk menulis. Mana tidaknya, sibuk dengan tugas hakiki sebagai seorang penjawat awam dan rutin harian sebagai seorang isteri dan mak pada dua orang cahaya mata.

Nampaknya, aku perlukan satu percutian. Bak kata TRAVELOKA, 'You need a holiday lah!' Slogan itu macam mengena saja dengan aku. Memang aku sangat memerlukan percutian. Makanya, entri kali ini berkaitan dengan topik percutian. Bila sebut sahaja pasal holiday, pasti perasaan teruja menghantui diri. Siapa yang tidak seronok bukan?

Bercuti itu adalah salah satu terapi untuk diri sendiri. Lebih-lebih lagi kalau dapat bercuti ke destinasi pilihan. Sesiapa sahaja mesti mengimpikan untuk bercuti ke destinasi pilihan mereka. Begitu juga dengan aku. Ada juga tempat yang menjadi idaman untuk dijadikan tempat percutian.

Namun harus difikirkan juga kos perbelanjaan apabila kita merancang untuk bercuti. Bukan sikit-sikit perbelanjaannya kalau bercuti satu family. Perlu menabung untuk merealisasikan impian sendiri. Betul tak? Bercuti di dalam negara pun boleh berhabis duit, inikan pula jika kita mengimpikan ke luar negara.

Macam aku, memang memasang angan-angan untuk bercuti ke luar negara. Sebab dalam negara sudah banyak tempat yang telah aku pergi. Sesekali mahu juga mengubah angin untuk ke luar negara. Mulalah memasang angan-angan. Mula menabung agar impian itu dapat direalisasikan satu hari nanti. Namun untuk ke luar negara harus menabung agak lama sikit. Yelah, perbelanjaannya lagi besar. Bila dapat tahu Traveloka ingin menaja percutian idaman kita dengan #MyTravelokaEscapade, terus terasa teruja. Mungkin impian itu akan menjadi kenyataan. Siapa tahu kan?

Korang boleh pilih 10 tempat percutian idaman yang diberikan oleh Traveloka. Tempat-tempatnya adalah El Nido, Hong Kong, Langkawi, Bali, London, Tokyo, Nepal, Sabah, Melbourne dan South Korea.

Kalau aku  diberi peluang oleh Traveloka, destinasi percutian yang menjadi idaman aku adalah South Korea. Selalunya hanya mampu tengok gambar saja bila ada kawan-kawan yang bercuti ke sana. Paling tidak pun tengoknya di kaca televisyen. Ada drama melayu yang berlakon di sana. Dapatlah cuci-cuci mata. Jadi aku teringin juga ingin menjejakkan kaki ke sana. Alangkah seronoknya jika dapat ke sana. Dapat melihat keindahan bumi Korea. Jika aku berpeluang ke Korea Selatan, aku memilih untuk ke Seoul. Seoul adalah ibu kota Korea Selatan yang berusia lebih dari 600 tahun. Kota ini merupakan kota khusus Korea. Seoul terletak di barat laut negara.

Antara tempat-tempat yang aku ingin pergi jika mengunjungi ke Seoul adalah:-

1)  Gyeongbokgung Palace


Gyeongbokgung merupakan istana yang paling utama dan terbesar pada era pemerintahan Dinasti Joseon. Ia adalah istana yang digunakan oleh maharaja pada zaman dahulu. Kedudukannya sangat strategik kerana dilindungi oleh gunung-ganang di utara dan Sungai Han di selatan.  Istana ini dibina pada tahun 1395.

2) Insa-dong

Kalau bercuti ke mana-mana haruslah membawa pulang cenderamata buat keluarga dan sahabat-handai. Jadi tempat yang paling sesuai adalah di Insa-dong. Aku membayangkan kawasannya seperti di Jalan TAR mungkin. Cenderamata yang dijual di Insa-dong adalah sangat berpatutan. Bermacam-macam cenderamata yang dijual dengan seni yang agak unik dan kreatif. Selain itu, kalau fasih berbahasa Korea, boleh tawar-menawar dalam urusan membeli. Seronok bukan?

3) Myeongdong

Myeongdong adalah syurga belanja di Seoul. Di sana merupakan syurga fesyen dan kosmetik. Bagi sesiapa yang hobinya suka belanja, ini adalah tempat yang sesuai sekali. Bolehlah berbelanja kosmetik yang orang Korea guna. Balik Malaysia boleh cantik macam orang Korea juga.

4.  Namsan


Namsam merupakan sebuah gunung yang berada di tengah-tengah Kota Seoul. Di sekitar Namsan terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. 
Di kaki gunung Namsan terdapat Namsagol Hanok Village yang merupakan perkampungan tradisional orang-orang Korea. Terdapat juga Seoul Time Capsule.

Tempat yang paling aku teringin pergi adalah tempat yang paling terkenal di Namsan iaitu love pad lock. Simbolik cinta dengan meletakkan kunci yang ada nama pasangan di puncak Gunung Namsan. Pasti romantik bukan? Haha.

5) Pulau Nami

Pulau Nami merupakan salah satu tarikan utama di Korea. Pulau ini tidak perlu diperkenalkan. Aku kenal Pulau Nami ini melalui drama Winter Sonata. Pulau nami terletak di tengah Sungai Han tetapi agak jauh dari Pusat Bandar Seoul. Terdapat dua cara untuk ke sini. Yang pertama dengan menaiki bas yang boleh didapati di Inda-dong. Kedua dengan menaiki kereta api dari stesyen Chongyanggi dan turun di Stesyen Gapyeong. kemudian naik teksi sampai ke jeti. Ada beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Nami. Antaranya flying fox, berbasikal dan pelbagai lagi aktiviti.

Itulah serba-sedikit impian aku jika diberi peluang untuk ke South Korea. Terima kasih Traveloka kerana merealisasikan impian aku yang sekian lama. Ada banyak lagi tempat yang menarik yang boleh dilawati jika mengunjungi Korea Selatan. 

Mudah-mudahan aku dapatlah bercuti secara percuma dengan #MyTravelokaEscapade anjuran TRAVELOKA ni. Manalah tahu ada rezeki buat aku dan keluarga.

Traveloka adalah perusahaan yang menyediakan layanan pemesanan tiket pesawat dan hotel secara daring dengan fokus perjalanan domestik. TRAVELOKA adalah salah satu platform tempahan penerbangan dan hotel terkemuka di Asia Tenggara yang telah berkhidmat lebih daripada 18,000 laluan dan ribuan hotel di Asia Pasifik. TRAVELOKA bekerja keras untuk menyediakan perkhidmatan dengan harga yang terbaik untuk hotel-hotel dan penerbangan setiap hari. Dan yang lebih penting, tiada kos tersembunyi. Kalau korang nak pergi bercuti, boleh lah cuba buat tempahan dengan TRAVELOKA.

Semoga impian untuk bercuti ke destinasi idaman akan menjadi kenyataan bersama #MyTravelokaEscapade anjuran TRAVELOKA. Sekian.

Salam pena,
Fyda Adim