Sunday, September 27, 2015

Petang Memantai Di Tepi Pantai

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Selamat berhari minggu. Selesai sudah cuti panjang selama tiga hari bersama suami tercinta. Masing-masing sudah kembali ke pangkal jalan. Esok bermula rutin harian seperti biasa. Anak-anak kembali ke sekolah. Hari ini asben pun dah kembali bekerja. Sendu hati tapi terpaksalah demi masa depan keluarga.

Kembali kepada cerita minggu lepas iaitu pada hari memantai. Aku bekerja lagi tapi dapat kerja sekerat hari. Syok sangat. Hari tu memang lepas kerja mahu ke rumah MIL sebab nak jemput anak-anak. Nanti boleh terus balik rumah tunggu asben pula. Kemudian boleh mula masak Begitulah perancangannya tempoh hari.

Jadi pukul 1.00 tengahari je masing-masing sudah cabut menuju destinasi masing-masing. Aku ajak si Myra Mokhtar makan dulu sebelum balik. Dia kata okey tapi punya jauh dia bawak aku. Nun jauh kat tepi pantai. Kebetulan rumah MIL memang satu jalan ke sana.

Duduk makan kat warong tepi pantai.


Aku makan rojak je.

 Konvoi dengan kete putih ni.

Merenung apa itu?

 Aku dan Myra Mokhtar. Lama merancang nak ke pantai tapi baru sekarang berkesampaian.

 Sebelum pulang kami bergambar lagi. Bukan senang nak dapat masa bersantai macam ni
Last but not least, kami bergambar lagi sebelum pulang. Kemudian masing-masing berpisah menghala ke destinasi masing-masing. Kembali ke pangkal jalan. Itu sahaja entri aku untuk pagi ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








No comments: