Sunday, September 27, 2015

Aidiladha Kami

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat petang semua. Cuaca kat luar masih lagi berjerebu. Hari ini badan keletihan yang amat. Kepala dok berdenyut-denyut dari tadi. Kena minum banyak air putih supaya tidak menjejaskan kesihatan. Anak-anak pun memang bertapa dalam rumah aje.

Berbalik kepada tajuk di atas, Aidiladha kami biasa-biasa saja. Asben dapatlah cuti panjang sikit dan aku pun cuti jumaatnya. Dapatlah bersantai-santai empat beranak di rumah. Jadi petang memantai itu, sejurus habis bersantai bersama Mira Mokhtar aku terus ke rumah MIL untuk menjemput anak-anak. asben pun whatsapp kata dalam perjalanan pulang ke Melaka.

Sudah jemput anak-anak. Aku hantar Alya dulu ke rumahnya.

Kami bertiga pun terus pulang ke rumah. Setengah jam selepas kita orang kat rumah, asben pun tiba.
Aku pun terus masuk dapur siapkan apa yang patut. Malam tu sempat masak dua lauk aje.

Asben request nak kuah lodeh.

Kemudian aku masak kuah kacang. Kononnya nak masak rendang ayam tapi asben kata tak payah. Esoknya dalam tengahari tu kita orang bersiap balik rumah mak aku kejap kemudian terus balik rumah MIL pula. Sebelah malam barulah kita orang sampai di rumah.

Akhir kata, rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Salam Aidiladha buat semua. Yang indah itu saling memaafkan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,









No comments: