Tuesday, September 22, 2015

Anak-anak Dan Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat malam semua. Bukan senang nak tulis entri di tengah malam ini. Anak-anak sudah tidur. Mulanya bercadang mahu siapkan bekalan untuk esok. Dalam kepala sudah terfikir nak masak mee goreng. Tapi entah kenapa mood tiada. Lagi pun fokus sudah lari. Komputer menggamit-gamit. Ada tugasan yang perlu dilakukan sambil menulis entri untuk malam ini.

Cuti sekolah kali ini tidak ada yang menarik. Aku yang menemani anak-anak sepanjang cuti sekolah ini. Rutin kami masih lagi seperti biasa. Tunggu papa balik baru fikir nak jenjalan ke mana. Tapi hanya berjalan sekitar dalam negeri saja.

Walaupun cuti sekolah, Adriana tetap menghadiri kelas tuisyen bahasa cinanya. Cuma jadual untuk cuti sekolah dibuat pada sebelah pagi. Ammar pula bersantai di rumah nenek saja. Sebelah petang pula, sejurus aku pulang kerja terus ke rumah mak untuk menjemput mereka pula. 

Begitu sahaja perjalanan cuti sekolah kali ini buat anak-anak. Tiada percutian yang menarik mahupun percutian panjang untuk kamu berdua. Harap anak-anak memahami. Kita berehat di rumah ajelah. Itu sahaja entri ringkas untuk malam ini. Mahu masuk tidur. Esok awal pagi sudah mahu bangkit. Okeylah, minta izin untuk undur diri. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



2 comments:

ibuayu said...

Samalah fyda walau cuti seminggu tp bersambung dengan cuti raya haji so x dapatlah nak gi jauh2...

Monalita Mansor said...

masaklah mak...