Foto : Ipad
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat pagi semua. Salam 18 Ramadhan. Hari ni bercadang nak buat kuih raya. Tak boleh nak tangguh lagi. Kononnya nak mula buat hari jumaat tapi dah keluar cari baju raya anak-anak baliknya dah keletihan. Maka disimpankan balik butter yang dikeluarkan sebelum keluar ke dalam peti ais.
Berbalik pada tajuk, khamis lepas aku memenuhi hajat adik ipar aku yang sedang sarat mengandung. Sudah lapan bulan. Dia request nak makan lasagna sebelum dia bersalin. Nak aku yang buat. Kenangkan dia mengandung maka ku gigihkan jugak diri ini untuk buatkan lasagna untuknya.
Kulit lasagna ni aku beli masa berbuka puasa di Pizza Hut Aeon Bandaraya. Selalu kat situ je ada jual.
Ini lasagna yang sudah dipotong untuk dingap. Selesai misi memenuhi hajat orang. Lega hati aku. Sekarang nak fokus buat kuih raya pulak. Huhuhu... Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment