Wednesday, April 2, 2014

~Percutian Cuti Sekolah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Entri kedua untuk hari ini.  Baru sempat mahu menceritakan mengenai kisah cuti sekolah yang lepas.  Ke manakah destinasi kami empat beranak.  Iye, dalam pada tidak sihat hari itu terpaksa kuatkan diri melawan segalanya sebab dah janji dengan anak-anak mahu bawa jalan.  Lebih lagi pada adriana.  Lepas tahu je cuti sekolah akan dibawa berjalan, setiap hari bersyair kat telinga aku.

Percutian kali ini tidak jauh mana pun dari bandar Melaka.  Hanya ke Kuala Lumpur.  Asben sudah tempah hotel dan segala bagai dia yang uruskan.  Aku? Tahu semuanya sudah disediakan.  Hehehe...Sesekali manja dengan laki.  Ini kategori manja ke mengada-ngada? Fikirlah sendiri.  Tak kisahlah apa pun tanggapan korang.  Hihihi...

Okey, sebelum melalut lebih jauh.  Hari rabu lepas aku cuti kecemasan.  Sepatutnya kerja sebab sebelah petang baru nak bertolak ke KL.  Tapi sebab pagi itu kepala berat nak bangun pun macam malas akibat menelan ubat.  Memang sahlah kena cuti.  Mula-mula asben tanya juga larat ke tidak.  Akhirnya kita orang bertolak selepas zuhur sebab fikir perjalanan tak jauh.  Kalau jauh mahu jugak rancangan dibatalkan.  Tapi sayang...


 Perjalanan dimulakan dengan lancar.  Alhamdulillah.  Trafik juga bergerak lancar.


Reaksi anak-anak.  Ini masa belum nak tidur.  Kejap-kejap ada je makanan yang dikunyah.  Lebih-lebih Ammar.  Tengok tu dia konker makanan.  Lepas dah makan mata pun mengantuk.  Maklumlah kereta bukan MPV masing-masing nak tidur siap nak bergolek macam atas katil.  Bergaduhlah budak berdua ni.  Sudahnya kakak mengalah tidur menyandar.


Kemudian singgah di RnR Seremban.  Makan tengahari sebab kelaparan.  Aku makan mee sup memandangkan selsema.

 Ammar kalau makan macam-macam gaya.  Berdiri pun ada.


Setelah dua jam perjalanan, kami sampai juga di hotel berpandukan GPS.  Kami menginap di Quality Hotel di Jalan Raja Laut.  Ini permandangan dari atas bilik.  

 Sebelah hotel kami menginap terletaknya bangunan LPPKN.


 Ammar penuh teruja.  Kejap menjengah luar tingkap tengok keretapi.  Anak siapalah tu.


Aku merehat-rehatkan diri sebab lepas maghrib nak keluar.  Naik tren.  Memang perlukan tenaga yang banyak.  Mana nak pikul beg, nak bawa diri sendiri lagi.  Itu sahaja entri untuk permulaannya.  Nanti bersambung lagi di entri yang lain.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,







                                                                                                                      


1 comment:

eija_sweetmama said...

owh datang KL ye..
shopping dekat jalan TAR x?

kita ni duk selangor lama dh x turun KL..huhu