Wednesday, April 2, 2014

~Baju Kurung Cotton~

Teks : Fyda Adim & Zalora
Foto : Zalora

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat pagi semua.  Semoga berada dalam baik-baik sahaja.  Pagi ini seperti biasa memulakan rutin harian.  Bangun pagi dan menyiapkan pelbagai kerja di rumah.  Sebelum memulakan kerja pagi ini, marilah mencuci mata.  Pagi ini sahaja mahu berkongsi soal pemakaian iaitu baju kurung.  Aku memang berbaju kurung ke kerja.  Dulu, kini dan selamanya.  Itu sahaja yang sesuai dengan aku.

Marilah baca serba sedikit mengenai baju kurung cotton.  Jika berminat anda boleh mendapatkan sepasang atau berpasang-pasang di web Zalora.  Pelbagai fesyen ada jual di situ.


TITLE: BAJU KURUNG COTTON

Menyentuh mengenai pemakaian pakaian tradisional seperti baju kurung moden, baju kurung kedah, jubah dan lain-lain untuk menghadiri majlis-majlis keramaian merupakan pilihan yang tepat. Bukan sahaja anda akan kelihatan sopan, ia juga sebagai langkah selamat sebagai tanda menghormati sesuatu majlis. Aspek utama yang harus anda titikberatkan merupakan pemilihan fabrik sesuatu pakaian tersebut. Baju kurung cotton atau baju kurung yang diperbuat daripada fabrik kapas merupakan diantara jenis baju kurung yang paling selesa dipakai.


Hatta pemilihan fabrik yang menyerap peluh, baju kurung cotton juga masih mengekalkan ciri-ciri ketimuran seperti berpotongan longgar dan labuh untuk memastikan keselesaan si pemakai. Terdapat dalam pelbagai warna dan corak, ia juga dikemasi dengan perincian seperti sulaman manik dan sulaman benang bersesuaian dengan citarasa anda. Segalanya kini tersedia di Malaysia online shopping portal – ZALORA!