Wednesday, April 16, 2014

~Hasil Rembatan Di Jalan TAR~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat malam semua.  Sekali lagi dan jarang-jarang berlaku bila ada entri di malam hari.   Sementara melayan diri memang ini sahaja yang boleh dibuat.  Blog! Itu kesukaanku.  Mengisi masa senggang, menghilangkan stress.   

Entri malam ni saja mahu berkongsi dengan semua.  Bukan hebat mana pun sekadar berkongsi apa yang aku beli semasa menerjah ke Jalan TAR.

Yesss inilah dia.  Aku beli tudung bawal pelbagai warna.  Sebab harganya murah RM5 sehelai asben kata belilah semua warna.  Amboi, perli kah? Hihihi...Dapat green light terus je tak fikir seratus kali.  Aku capai je warna yang aku nak.  

Inilah koleksi tudung yang akan dipakai raya.  Dah pakai pi kerja pun.  Kikiki...Ini je perkongsian tudung bawal aku.   Bukan mahal pun tudung aku pakai.  Bukan cap Fareeda.  Tak mampulah nak beli tudung ratus-ratus.  Dah kata beli tudung ikut kemampuan.  Inilah ukuran baju untuk aku.  Hihihi...itu sahaja ceritanya.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim

No comments: