Thursday, January 3, 2013

~Lembaran Baru Di Sini~

Assalamualaikum dan selamat pagi khamis.^___^

Hari ketiga di tahun 2013 dan hari pertama aku mula bekerja di tahun 2013.  Semalam aku mengambil cuti kerana menghantar adriana ke tadika barunya untuk hari pertamanya di Tadika Keh Seng.  Permulaan yang baru buat adriana di situ.  Aku berharap adriana dapat menyesuaikan dirinya dengan suasana yang baru dan kawan-kawan yang baru di situ.

Hari ini aku melangkah ke kerja dengan satu semangat yang baru.  Untuk pertama kali di tahun baru.  Aku berharap agar semangat itu dapat bertahan untuk suatu jangka masa yang panjang.  Semangat untuk aku bekerja demi membantu suami menyara keluarga.  Hanya satu sahaja yang perlu aku ingatkan bekerjalah dengan ikhlas untuk mendapat rezeki yang berkat.  In sya allah.  Kita hanya manusia yang tidak lari daripada melakukan kesalahan.  Begitu juga dengan aku ada terkhilaf di mana-mana tanpa aku sedar.

Aku akan cuba membuka lembaran baru di tempat ini.  Tempat aku mencari rezeki.  Masih di tempat yang sama, suasana yang sama, persekitaran yang sama serta kawan-kawan yang sama.  Ada kawan-kawan yang ikhlas dengan kita dan ada yang tidak.  Lupakan perkara-perkara yang pernah singgah di dalam diri aku ini.  Perkara-perkara yang menyakitkan hati dengan orang-orang sekeliling yang selalu mencari hal.  Kadang mungkin aku terfikir yang kita tak kacau mereka tapi mereka berkata tentang kita.  Tapi bila mereka kena kacau tahu pulak melenting.  Aku masih tidak faham.  Apa yang lebih penting, aku maafkan kamu, kamu dan kamu yang membuat spekulasi sendiri tentang aku dan dengan sesiapa yang rapat dengan aku.  Walaupun aku tidak berada di dalam bas itu untuk mendengar setiap kata-kata kamu,kamu dan kamu itu, tapi aku rasainya jugak.  Cuma nak beritahu dalam persahabatan perlu ada keserasian.  Dia tidak pernah mengadu dan kami berkawan ikhlas dan mungkin kamu, kamu dan kamu berkawan secara tidak ikhlas sesama sendiri.

Aku akan buka lembaran baru atas kata-kata dari sahabat yang rapat dengan aku.  Dia menasihatkan aku untuk melupakannya.  Ok aku akan lupakan kata-kata itu.  Aku tak akan sentap seperti mana yang diwar-warkan oleh kamu hashtag sentap.  Ingat tak?Silalah ingat pada sesiapa yang pernah berkata sedemikian.

Sebolehnya aku tak nak blog aku ini dijadikan tempat melepaskan geram untuk sesuatu benda yang tidak berfaedah tapi hari ini aku terpanggil berbuat demikian.  Cuma seperti yang aku katakan yang aku masih tidak faham kenapa perlu dipertikaikan?Kamu, kamu dan kamu tak pernah rapat sesama sendiri ke?Ada aku atau sesiapa pertikaikannya?Mulai hari ini aku memasang azam untuk menjadi ke arah yang lebih positif.  Aku akan sentiasa bersangka baik terhadap kamu, kamu dan kamu.  Tidak akan ambil pusing lagi bila mendengar sesuatu yang tidak baik untuk aku.

Itu azam aku untuk tahun 2013, berfikir secara positif dan tidak beremosi.  Itu jealah entry aku yang merepek untuk pagi khamis ini.  Aku mintak maaf jika entry ini mengganggu atau mengguris perasaan atau hati sesiapa.  Ini hanya luahan dari isi hati aku.  Semua isi hatiku.  Berkawan biarlah ada keserasian, bila ada keserasian barulah kita boleh bergelak ketawa, berkongsi suka dan duka.  Itulah jawapannya.  Sekian terima kasih.






                                                                                                                   

2 comments:

wahida said...

selamat tahun baru 2013 dear...

semoga tahun ini lebih baik drp tahun2 sebelumnya....

Unknown said...

woi dahsyatnya azam....