Friday, January 18, 2013

~Cinta Qaseh & Ruby~

Assalamualaikum...

Selesai sudah menjamu selera untuk lunch.  Aku makan nasi ayam untuk lunch serta menu sampingan adalah jagung.  Bila dah kenyang memang menjadi kebiasaan mata mula memberat.  Dah mula menguap nie.  Adoilah.

Oklah, entry kali nie nak cerita mengenai drama bersiri di tv.  Macam biasalah aku layan drama melayu jea.  Lepas drama bersiri Adam dan Hawa tamat, kali nie aku layan 2 drama nie.  Ini pun dah terlambat mengikuti jalan ceritanya kedua-dua drama ini.  Jadinya, aku marathon tengok kat internet.  Bolehlah untuk mengisi masa lapang dan mencari hiburan di rumah setelah seharian bekerja.  Sambil lipat baju boleh menontonnya atau bolehlah layan bila mata tak mahu lelap.  Just enjoy it!!

Mari kita baca sinopsis untuk kedua-dua drama bersiri ini.

Sinopsis Drama Cinta Qaseh:

Drama Cinta Qaseh ini mengisahkan tentang Qaseh (Wawa Zainal) yang menjalin cinta dengan Shahrizal tetapi percintaannya dipisahkan oleh takdir. Keluarga Qaseh telah menjodohkannya dengan Adi Putra. Setelah berkahwin, Qaseh tidak mampu mencintai Adi Putra seperti mana dia mencintai Shahrizal.Hingga suatu hari,Shahrizal kembali dalam hidup Qaseh. Apabila Adi Putra tahu bahawa Qaseh menyintai Shahrizal, adakah dia akan menceraikan Qaseh?Siapa pilihan hati Qaseh?

 
Sinopsis Drama Ruby

Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara, seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis dan Diana. Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby.  Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam. Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah yang tinggal bersama anaknya, Nadia. Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby.  Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut. Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia? 

Untuk drama Cinta Qaseh pelakonnya oklah.  Just tak berapa nak minat pada Shahjasle tue.  Betul ke aku eja nama dia?  Nasiblah ada Adi Putra berlakon. Drama Ruby pula dah biasa tengok Siti Saleha berlakon.  Ok jea dia tapi rasanya first time tengok Sharnaaz berlakon.  Geli hati pula tengok wataknya dalam drama Ruby nie.  Memang terhibur!!  Itu jealah.  Korang tengok tak?Tengoklah..Pada aku ok jea tak tahulah pada korang.  Lain orang lain pendapatnya. :D

Note>>Sinopsis dari google.






                                                                                              

No comments: