Monday, April 2, 2012

~Attend Farhana's Wedding~

Alkisahnya, jumaat lepas aku menghadiri pernikahan kawan sekolah aku, Farhana.  Farhana sekarang kerja sebagai pramugari Air Asia.  Kawan dari sekolah rendah, sekolah menengah sampailah sekarang.  So bila ada kawan-kawan yang nak kawin seperti biasa aku dan kengkawan yang lain merancanglah untuk ke sana.  Macam mana nak pi, siapa yang nak ikut dan lain-lain lagiler citenya.  Nak jumpa kawan sekolah yang sudah lama tak jumpa memang excited giler.  Waktu kerja kawin nielah yang berkesempatan nak jumpa pun.  Kalau tak pun buat reunion baru dapa jumpa.

Oklah berbalik kepada tajuk, hari jumaatnya Farhana nikah.  Aku pegi jugak memandangkan hari jumaat aku balik rumah MIL aku yang satu taman dengan Farhana.  At least menjengahlah kejap aku ke rumahnya.  Hari jumaatnya aku pegi saing dengan kawan-kawan yang tak dapat nak datang hari sabtunya.  Ok, jom kita tengok gambar.

Ini dia.  Also my schoolmates.  Yang berdiri tue Liesa dan lagi sorang Dila.  Not available lagi ok.  Kita orang datang terus jumpa Farhana, then makan untuk mengisi perut yang sudah kelaparan.  Anak-anak pun kami paksa makan.  Aku dan Liesa jea bawak anak, Dila anaknya tiada bali kampung.  Lepas tue tunggu lagi sorang kawan kami datang, Norni.  Datang sorang jea asbennya dok rumah. 

Lepas makan kami jumpa Farhana semula untuk sesi bergambar sebab kami nak mintak izin untuk pulang.  Inilah kami bersama 2 orang flower girl pada suatu ketika dulu. :D

Suasana di luar rumah pengantin.  Sempat aku snap picture.
Sebelum berpisah, mari kita bergambar.  Bukan senang kita nak jumpa.

Esoknya pula, hari sabtunya aku datang lagi.  Kali nie aku pegi seorang diri tanpa membawak teman kecik aku.  Aku pegi dengan kawan-kawan sekolah yang lain.  Sebab dah janji dengan dia orang nak tunjuk jalan.  Dia orang tak tahu rumahnya macam datang dari KL pulak korang nie yerk??:D  Aku ok jea.  Mak aku jaga anak-anak aku kejap.

Ini dia yang join untuk hari sabtunya.  Dari kiri Farah Eyani dan Noriza.  Ini masih single tapi tak taulah sudah berpunya atau belum.  Kena tanya empunya diri. :D

Suasana di luar rumah pengantin.  Aku dan kengkawan duduk di bawah khemah menunggu pengantin untuk berarak.

Inilah kami.  L-R : Fuzirah, aku dan Juliana.  Amoi amoi.

Pengantin sudah keluar bersedia untuk berarak.

Pengantin sedang diarak.

Bertemankan paluan kompang.

Acara menepung tawar.

Akhir sekali gambar bersama pengantin sebelum kami pulang.  Tak dapat nak jumpa seorang teman sekolah yang datang lambat.  Linda, lain kali kita jumpa yerk.  Tak ada rezeki kita nak berjumpa. :D

Seronok bila sesekali dapat berjumpa kawan-kawan sekolah.  Cerita tak habis-habis.  Gelak usah cakaplah.  Ada jea benda yang mencuit hati.  Itu baru jumpa yang berapa orang.  Kalau ramai gamat dibuatnya.  Lepas nie kita berjumpa bulan Jun pula untuk wedding kawan sekolah juga.





                                                                                                                     

No comments: