Sunday, May 26, 2013

~Jauh Dan Setia Hujung Nyawa~

Assalamualaikum...

Selamat pagi.  Kejap sudah hari ahad.  Adoilah.  Esok dah kerja balik.  Nasib cuti sekolah.  Selama dua minggu ni tak adalah nak rushing pagi-pagi.  Tak ada nak fikir jalan jammed.  Paling tak suka nak tempuh semua itu sejak menjadi pemandu.  Hehehe..

Beli novel lagi!!!Okeylah, lately ni hobi lama aku datang kembali.  Gila beli novel dan gila baca novel.  Gilakan itu jelah.  Bukan gila betul-betul.  Nak-nak kalau ada drama yang diadaptasi dari novel mesti aku akan beli.

Ini koleksi novel terbatu tapi aku dah beli beberapa bulan yang lepas.  Dah habis baca pun novel-novel ini.  Barulah sekarang nak ceritakan.

Aku beli dari Karangkraf.  Aku suka beli online.  Senang sikit.

 
Inilah novel-novel yang aku beli.  Kedua-dua novel ini telah didramakan.

Novel yang berjudul Jauh pernah ditayangkan di Astro HD kalau tak silap.  Aku ada menontonnya telemovienya.  Lakonan Ady Putra dan Fouziah Ghaus.

Dan novel kedua aku beli adalah Setia Hujung Nyawa.  Dramanya yang ditayangkan di slot akasia.  Ramai yang suka menontonnya.  Aku jarang mengikuti dramanya tapi sekadar membaca novel.  Ini sahaja cerita mengenai koleksi novel aku.  Bersambung lagi.






                                                                                                                         

Saturday, May 25, 2013

~Entri Basi!~

Assalamualaikum....

Malam tadi aku tengok dalam draft banyak sangat cerita yang belum dipublish.  Gambar bukan main banyak diamiknya.  Berbelah bagi nak ceritakan juga ataupun tidak.  Akhirnya keluarlah entri ini.  Cerita yang sangat sangat sangat lama aku rasa.  Cerita beberapa bulan lepas sewaktu menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku di Taman Merdeka.

Tak tulis entri sayang pula.  Nanti tidak dapat dijadikan sebagai suatu kenangan buat aku.  Sekurang-kurangnya nanti aku boleh belek entri lama-lama.  Marilah kita layan gambar.

Ayah aku dan adriana sedang menikmati juadah.  Masa ni kita orang je yang pergi sebab asben dan adik aku kerja.  Aku yang kena mengambilalih tugas itu.

My SIL dengan doternya.

Ini makanan untuk aku.

Ammar nak makan sendiri.

Suasana di majlis perkahwinan yang sedang berlangsung.

Seperti biasa, anak-anak buah aku juga turut menyertai.

Kami harus bergambar bila bertemu.

Lepas balik dari majlis perkahwinan, aku dan SIL melepak ke Mydin bersama anak-anak tanpa suami masing-masing.  Bayangkan bagaimana kami menghandle tiga orang budak.  Beli makanan untuk dikudap-kudap.

Nayli sampai tertidur.

Time ni ada persembahan.

Tempat ammar di dalam troli.

Aku bersama anak-anak.

Sekian sahaja entri basi yang aku sendiri sudah lupa bila tarikh kejadian.  Till then..Bersambung lagi.
Publish!!!







                                                                                                                    

~Jumaat Hari Cuti~

Assalamualaikum...

Selamat pagi sabtu!!Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti.  Cuti sekolah sudah pun bermula.  Cuti sekolah kali ni kita orang tiada perancangan untuk ke mana-mana.  Berjalan-jalan sekitar Melaka saja. 

Semalam hari cuti sempena Wesak Day.  Dapatlah aku berehat selama tiga hari di rumah bersama asben dan anak-anak.  Kebetulan semalam dan hari ini merupakan off day buat asben.  Baguslah boleh berjalan bersama-sama.  Tak pun melepak di rumah sahaja.  Banyak kerja rumah yang perlu dibereskan.

Semalam aku masak memandangkan semua ada di rumah.  Masaklah nasi tomato, sambal ayam dan sayur.  Simple je.  Khamis tu waktu lunch sempat ke Mydin beli barang basah sebab sekarang jarang simpan barang basah.  Jarang ada kat rumah.  Beginilah gayanya.  Teragak nak masak baru beli.

Selain itu, aktiviti buat asben adalah di bilik kecil ini.  Tempat aku selalu menghabiskan masa waktu malam-malam.  Update blog sudah semestinya.  Sudah bertukar warna bilik ni.  Nanti aku tunjukkan warna apakah?Itu adalah pilihan asben aku hanya menurut saja.  Apa-apa pun membangkitkan aura ketika aku duduk di depan komputer.  Itu yang lebih penting..

Sekian..






                                                                                                                      

Thursday, May 23, 2013

~Pilihan Makan Malam~

Assalamualaikum..

Lepas makan tengahari, mari aku updatekan berkaitan dengan makanan juga.  Makan malam aku sekeluarga untuk semalam.  Tadi lunch aku makan mee sup bersama sahabatku seperti biasa iaitu Mira dan Kak Nisah.

Malam tadi dinner di luar.  Memandangkan asben baru balik dari Klang sebab ada kerja di luar. Barang basah pun non ado itulah decide untuk makan di luar sahaja.  Pilihan makan malam kami sekeluarga adalah roti naan.

Jom kita tengok gambar-gambar makanan yang aku snap.  Walaupun dalam paper kata mengambil gambar makanan adalah pesakit mental.  Macam tu ek bunyinya?Aku tetap nak buat tapi aku bukan mental.  Hikhikhik

Inilah hidangan kami malam tadi.  Tergoda tak?

Menu tambahan yang aku tak tahu.  Aku pilih udang masak apa ke namanya tidaklah ku ingat tapi sedap sekali.  Aku kata kat asben "Sedaplah udang ni."  Si dia balas "Mana tak sedap, dua belas ringgit tu."  Si isteri diam membisu.

Ayam tandoori wajib ada.

Aku makan naan cheese.

Mulakan dengan bismillah.

Ammar pun mahu makan.

Nana merajuk!!

Papa pun nak bergambar.  Layankan jelah ammar oi.

Budak yang kuat sangat merajuk.  Tengoklah aksinya.  Nana..nana...

Itulah pilihan kami malam tadi.  Sesiapa yang datang ke Melaka cuti sekolah ni boleh cuba makan di kedai ini.  Nama restorannya Pak Putra terletak di Taman Kota Laksamana.  Sekian..







                                                                                                        

~Gembira Berganda~

Assalamualaikum...

Selamat pagi.  Sedang sibuk membuat kerja-kerja di atas meja tapi sambil menghilangkan stress aku berusaha juga update blog ini.  Yelah, hadap kerja dari tadi.  Mata pun sudah berpinar-pinar. Saje nak cari cerita atau entri untuk hari ini.

Apa yang digembirakan tu?Sebenarnya tak ada apa pun.  Gembira yang biasa-biasa saja tapi masih boleh membuatkan diri ini tersenyum riang.  Beberapa hari lepas murung dek kerana sesuatu.  Malaslah nak difikirkan hal itu lagi. Biarlah mereka dengan dunianya.


Beberapa perkara yang gembira hari ini kerana hari ini adalah hari gaji!!!Hip hip horey!!!Mestilah tersenyum gembira.  Tapi bukan boleh berbelanja sakan kerana ada urusan yang perlu diutamakan.  Perkara lain adalah sebab esok cuti sempena Wesak Day.  Haruslah hari ini mood lain macam seperti biasa.  Terasa seperti hari jumaat pula.  Dapat bercuti panjang sedikit di rumah.

Seperkara lagi adalah cuti sekolah sudah pun bermula.  Mood gembira ini lebih kepada adriana sebenarnya.  Perancangan bercuti untuk cuti sekolah mungkin tiada.  Kalau berjalan pun yang berdekatan saja.  Tunggulah apa yang akan dirancang.  Selalu rancang awal takut tak menjadi.

Sekian.









                                                                                                        

Wednesday, May 22, 2013

~Teduhan Kasih Slot Akasia~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari.  Selamat sudah aku mengisi perutku ini.  Hari ini aku makan nasi berlaukkan sambal ayam, sayur kubis masak lemak, ikan kering, sambal belacan dan juga tenggek burung,  Sedap!!Alhamdulillah kenyang.  Mungkin kenyang sampai ke malam. Nak cerita sikit mengenai drama yang disiarkan di TV3 jam 7 malam.  Drama adaptasi daripada novel juga.  Drama bertajuk Teduhan Kasih.

Drama ini diadaptasi daripada novel yang ditulis oleh Marissa.  Aku memang peminta setia drama-drama tempatan.  Tapi biar kena dengan pelakonnya.  Memang aku akan mengikutinya sampai ke penghujung.


Pelakon untuk drama ini adalah Ady Putra, Sheery Ibrahim, Shah Iskandar dan Nabila Huda.  Penguat untuk aku tonton drama ini sebab ada Ady Putra berlakon.  Aku memang minat lakonan Ady Putra.


SINOPSIS TEDUHAN KASIH

Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.
Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa.
Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.
Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.

Sama-sama kita tonton episod-episod seterusnya.  Aku sudah dapatkan novelnya dan sedang membaca novel tersebut.  Setakat ini memang best jalan ceritanya.  Okeylah, setakat ini sahaja untuk tengahari ini.  Bersambung lagi...