Friday, March 22, 2019

Memaafkan Dan Meminta Maaf

Assalamualaikum.

Hai semua.

Salam jumaat korang.

Memaafkan dan meminta maaf adalah dua perkara yang berbeza. Namun dua-dua perkara ini memerlukan kekuatan untuk kita melakukannya. Kalau tiada kekuatan dalam diri agak mustahil untuk menzahirkan kata maaf dan juga melahirkan kemaafan daripada dalam diri.

Manusia memang sudah zahirnya tidak lari daripada melakukan kesilapan. Kalau tak buat silap baiklah tukar jadi malaikat. Itu kata seorang teman aku suatu ketika dulu. Namun jangan diambil kesempatan untuk melakukan kesilapan itu berulang kali.

Kesilapan itu perlu diperbetulkan.
Kesilapan itu perlu dipelajari.

Bukan untuk diulang.
Hingga manusia lain sudah tidak yakin.

Semoga kita punya kekuatan untuk memaafkan dan meminta maaf sesama manusia yang pernah buat kesilapan pada kita dan juga kesilapan kita pada manusia lain pula.

Andai ada hati yang terluka dan sedang mengumpul kekuatan untuk memaafkan semoga dipermudahkan urusan kalian.

Lakukanlah bila sudah tiba masanya kerana dua-dua perkara ini memberi kebaikan pada diri kita sendiri. Jika hari ini kita memaafkan orang, esok lusa giliran kita pula dimaafkan.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

3 comments:

#JMBELOG said...

memaafkan bukan bermaksud kita bersalah, tapi mengalah demi kebaikkan bersama. terima kasih atas perkongsian. Salam jumaat..
#jmbelog

ejulz said...

hidup ni simple.. kalau dah buat silap minta la maaf.. jgn ego.. :)

Warisan Petani said...

Maaf.
Mudah2an kita belajar daripada kesilapan yang kita lakukan