Friday, March 1, 2019

Badan Penat Otak Letih

Assalamualaikum.

Selamat pagi dan salam Jumaat.

Hasil carian imej untuk kekuatan diri quote

Entri pertama untuk bulan baharu. Bulan Mac sudah membuka tirainya. Selamat tinggal Februari. Dua bulan ini hati bagaikan tidak keruan menunggu sesuatu sebenarnya. Berdebar-debar. Itu yang membuatkan diri resah, resah dan resah. Perkara itu seakan mengganggu perjalanan rutin harian aku. Aku sampaikan tidak ada mood mahu berbuat apa-apa.

Novel 'Kan Ku Kejar Cintamu' dah sebulan aku angkut ke sana ke sini tapi bacanya tidak. Minggu ini baru membelek sedikit helaiannya dan ada peningkatan bila sudah sampai bab 15. Bulan kedua sahaja sudah menunjukkan kegagalan untuk mencapai target membaca sebulan dua buah buku.

Rutin harian pun sudah cukup memenatkan ditambah lagi aku sedang menanggung kerja Pembantu Setiausaha. Terasa badan mahu terbelah dua. Kerja hakiki aku juga sudah cukup membebankan. Ini ditambah dengan menanggung kerja di tempat yang memang kerjanya tidak putus-putus. Surat masuk, faks, emel. Alahai.

Tak terjangkau dek akal nak melakukannya tapi alhamdulillah setakat ini aku mampu melaksanakan kerja-kerja di tempat PA itu walaupun ada masa kerja hakiki aku tidak berusik. Hahaha. Ada masa letih menengokkannya tapi itulah kudratnya tidak setanding dengan apa yang diberi,

Ini bukan satu rungutan.

Sekadar sebuah luahan daripada seorang pekerja. Balik kerja pula nak menguruskan anak-anak. Mengaji, buat kerja sekolah, tuisyen, nak memasak, nak bagi anak-anak makan. Kerja yang tak pernah habis. Begitulah pula perjalanan hidup sebagai suami isteri jarak jauh.

Itulah bila balik, memang sudah tidak terdaya. Terasa kepala macam semua benda nak fikir. Sampaikan satu tahap malas nak fikir.

Jadinya, sejak sebulan ini memang aku tidur awal. Awal tak awal pun dalam jam 11.00 malam juga. Nak siapkan segala macam barulah boleh melelapkan mata.

Semoga pembukaan Mac ini akan mendapat khabar gembira tentang hal yang aku tunggu-tunggukan. Berdebar pun satu hal juga. Entahlah. Macam-macam yang aku fikirkan.

Bolehkah?
Sesuaikah?
Seronokkah?

Segala persoalan sedang bermain-main dalam minda. Itu belum cerita lagi awal-awal hari itu aku dan anak-anak berjemaah membuang air mata.

Entah macam manalah keadaan kami nanti. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Sampai sini dulu. Ada masa (mesti ada masa) aku akan menulis lagi. Rindu nak menulis tapi apakan daya bila ada perkara yang mengganggu diri.

Mohon doakan dipermudahkan urusan aku ya.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments: