Tuesday, October 9, 2018

Cerita Sepanjang Seminggu

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Cubaan untuk kembali menulis setelah seminggu berhibernasi. Melayankan diri yang tidak berapa sihat. Simptom hb low sudah terasa. Pening kepala. Mual. Dada berdebar-debar. Seminggu aku menghadap diri sendiri yang pening-pening lalat. Biasalah dah tua-tua ni hormon pun huru-hara agaknya.

Alhamdulillah.

Kembali sihat. Seminggu juga aku telan iron tablet yang busuk tu. Zaman mengandung dulu memang makan tapi sekarang tak mengandung pun kena makan juga. Untuk tak nak bau ubat yang menjengkelkan tu aku telan dengan jus. Barulah tak rasa. Itu pun jangan silap menelan. Kalau terkena kat tekak memang terasa nak muntah.

Peel aku pulak selagi tak muntah memang akan terasa pening aje. Sudahnya marilah kita memuntahkan diri. Hahaha. Begitulah.

3 Oktober 2018, hari lahir sahabat baik aku. Sudah 27 tahun. Walaupun usia kami sudah berlainan sirinya tapi kami tetap berkawan baik. Sekarang dia sedang menanti kelahiran sulungnya. Semoga dipermudahkan urusannya.

Sedikit hadiah untuk meraikan dia. aku order cheesetart.

Dan juga aku order kad birthday dengan kawan aku yang rajin buat kad handmade. Tanda aku menyokong minatnya, aku order kad birthday daripada dia aje. Dapatlah buat sedikit kejutan pada dia. Suruh dia datang surau. Bila dia tak ada kat tempatnya baru aku letakkan hadiah atas mejanya. Kata dia, dalam ko pening-pening sempat lagi menyusun kejutan. Hahaha.

Kemudian mak long aku pula masuk hospital atas sebab pendarahan di hidung. Bleeding yang agak teruk. Lencun darah. Alhamdulillah, malam tadi sudah keluar wad setelah lima hari di hopsital.

Memang tak lalu makan seminggu tu. Aku paksa juga makan nasi kalau tidak masuk angin pula perut. Makan hati sebab kurang darah kan. Terpaksa juga makan sebab aku tak makan hati.

Hari jumaat, sempatlah bergambar dengan kawan office.

Berjubah hitam. Nama kami pun mula sama. Dia Alsanadia. Aku Alfidah.

Itu sahaja titipan untuk pagi ini. Entri ringkas sebab mahu menulis benda lain. Ini pun sebenarnya entri schedule. Sekarang memang konsep menulis blog begitu. Akulah. Orang lain aku tak tahu. Janji blog ini masih bernyawa. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



No comments: