Pages

Sunday, November 12, 2017

Raikan Cinta Zuhairah Dan Azri

Assalamualaikum.

Hai semua.

Kembali di sini. Menitipkan sesuatu sebagai kenangan. Sememangnya saya sedang dilanda kesibukan. Kesibukan di pejabat kerana menanggung kerja rakan sekerja yang cuti bersalin. Bukan seorang tetapi dua orang sekali yang cuti bersalin. Boleh bayangkan betapa huru-haranya keadaan saya? 

Tapi tak apa, saya buat ikut kemampuan memandangkan memang sorang-sorang kena hadap. Tak mahu komen lebih-lebih kat situ. Telan saja. Kemudian kesibukan di rumah. Ini memang perkara biasa. Cumanya saya sedang sibuk dengan #Projek1000ppSehari. Walaupun sebenarnya fokus projek ini sudah terkehel sikit sebab minggu ini saya dilanda sakit perut. Jadi memng nak kena kejar balik misi ini.

Berbalik kepada tajuk. Saya suka mukadimah yang tak berkenaan dengan tajuk. Haha. Kalau dah dapat menulis memang beginilah gayanya. Semalam, kami sekeluarga dan kakak sepupu bersama suaminya ke Batu Pahat. Kami memenuhi undangan perkahwinan. Sepupu saya semalam telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, Azri. Ini anak pakcik (adik mak). Sebenarnya pakcik anak angkat arwah nenek dan atok. Kami bertemu sejak kembali sejak setahun dua yang lepas. Memang seperti jejak kasih apabila Zuhairah datang mencari kami. Memang lama tak bertemu Zuhairah. Dulu zaman kanak-kanak, kami sempat membesar bersama sebelum mereka berpindah balik ke Batu Pahat. Dah lupa kronologi terpisah itu.

Seperti biasa, trademark saya bergambar. Haha. Tua-tua bangka macam-macam perangai kau.

Saya dan anak sulung.

Kami tiba dalam jam 12 tengah hari.

Banting yang digantung di luar dewan.

Suasana di dalam dewan. Majlis ini dibuat sekali dengan pihak lelaki.

Kami bergambar dengan pakcik.

Sebelum pulang, kami sempat bergambar dengan pengantin.

Bergambar lagi di luar dewan. Kenangan kan. Entah bila lagi boleh jumpa pakcik. Kalau tak ada majlis macam ini memang tidak berjumpalah.

Penumpang-penumpang di belakang asyiklah bergambar.

Sebelum balik Melaka, kami singgah makan mee bandung di Muar. Kat Tanjung Agas.

Sedap sekali mee bandungnya.

Selingan. Sampai Melaka, saya ajak suami ke Kip Mart. Dua tiga hari lepas, iklan pesta buku ini asyik lalu di dinding muka buku. Memang menggoda diri. Ditambah pula dengan kawan-kawan yang dok tag saya. Mereka dah tahu saya ni suka beli novel.

Saya memang nak beli Bisik Pada Langit. Dua buah novel lagi sekadar memenuhi rak buku saya. Akan dibelek dan dibaca satu hari nanti. Sekarang sibuk dengan projek dan misi. Perlu disiapkan sebelum hujung tahun ini. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan hendaknya urusan saya. Sekian dan wassalam.

Salam pen,
Fyda Adim


1 comment:

Fatin Diana said...

cantik pelamin dia. selamat pengantin baru utk kedua mempelai tu :)