Wednesday, June 7, 2017

Tahun Kedua Berpuasa Berjauhan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi semua. Selamat bekerja pada semua. Tidak kiralah bekerja di rumah atau di pejabat atau di mana saja. Alhamdulillah. Hari ini kita sudah berada di 12 Ramadhan. Sekejap saje kita sudah melalui 12 hari berpuasa. Semoga segalanya dipermudahkan. Semoga kita dapat meneruskan amal ibadah kita dengan sempurna dan diterima oleh-Nya. InsyaAllah. Amin.

Alhamdulillah juga, tahun ini tahun kedua aku berpuasa dengan anak-anak bila suami berjauhan. Bukan seronok sebab berjauhan tapi ucapan alhamdulillah itu lebih kepada aku bersyukur sebab aku dapat berdikari sendiri bila ketiadaan suami.

Dah tiga hari aku sendiri dengan anak-anak. Minggu lepas tidaklah terasa sangat memandangkan masing-masing sedang cuti kuarantin jaga si Ammar. Bila fikir anak sakit memang risau, tapi bila fikir sudut lain kami di rumah menghabiskan masa bersama-sama. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Semalam, aku singgah pasar ramadhan. Balik cuma nak goreng nasi ingatnya. Jadi semalam singgahlah dan belilah sedikit kuih-muih untuk aku dan rumah mak. Belikan nasi lemak untuk Ammar dan bakso untuk Adriana. Kemudian anak buah aku pulak nak ikut balik. Cuti sekolah bolehlah dia bermalam di rumah aku.

Menu kami 11 Ramadhan.

Berbuka puasa dengan tiga orang budak ini sudah cukup meriuhkan rumah. Aku layan Nayli, Dak Adriana mulalah. Ingatkan dah besar perasaan jeles tu tak ada. Baik kakak, baik adik sama aje. Walhal dia orang yang mengajak Nayli tidur rumah. Itu sahaja titipan ringkas untuk pagi ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

Warisan Petani said...

Ringkas.
Itu yang afdal.