Wednesday, April 19, 2017

Drama Cik Serba Tahu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat tengahari. Entri kedua untuk hari ini. Nak kongsikan drama yang tersenarai menjadi tontonan aku. Entah macam mana terjebak. Sebenarnya aku tak mengikut pun drama ini di televisyen. Selalu aku menonton online. Jadi aku layari laman web myflm4u. Situ memang banyak drama. Kalau aku terlepas episod, memang aku tengok kat sana aje.

Drama Cik Serba Tahu, lakonan Remy Ishak dan Sariyanti. Sekali tengok terus tersuka tanpa sengaja. Jalan ceritanya kelakar ditambah babak-babak manis. Tak sangka Remy Ishak boleh membawa watak begitu. Kelakar. Sesekali gelak sendiri. Bila babak Carl (Remy) mengurat Aerna (Sariyanti) memang tersenyum-senyum.

Gabungan mantap hero dan heroinnya.

Part ini antara yang aku tersenyum sendiri bila Aerna nak ucap 'I love you' pada Carl. Kemudian ditambah aksi sengal si hero. Terhiburlah juga melihat wataknya begitu.

Minggu ini minggu akhir drama ini. Bermakna hari khamis episod akhir. Tak sabar nak tahu endingnya. Aku kalau dah terjebak dengan drama susah nak move on. Nanti teringat-ingat. Haha. Sejenis perangai yang susah nak hadam. Selamat menontonlah pada sesiapa yang mengikut drama ini. Kalau nak menontonnya boleh tonton online di myflm4u. Mungkin kalian juga terhibur seperti aku.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

Adam said...

Dah bertahun saya tak tengok drama.