Wednesday, April 12, 2017

Pengapit Aku Naik Pelamin!

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat malam. Entri ini sudah basi. Cerita bulan Februari diceritakan pada bulan April. Hah, amiklah. Dah dua bulan punya cerita. Walhal dah lama gambarnya aku download tetapi moodnya tidak sampai mahu bercerita. Bila aku log in, rasa malas sangat-sangat nak menulisnya. Mungkin sebab fokus aku ke arah menyiapkan manuskrip.

Bilalah mahu ketemu perkataan 'tamat'. Banyak bulan sudah terhenti aktiviti menulis manuskrip itu sebab lebih ke arah menulis cerpen. Tak apalah, perlahan-lahan. Ikut kemampuan diri. Penulis baharu, kena ambil masa. Lagi pun aku tulis bila ada masa senggang.

Baiklah, berbalik kepada tajuk entri. Iye, pengapit aku, Fiza naik pelamin. Tempoh hari teman serumah asben naik pelamin. Entri kali ini giliran pengapit aku merangkap kawan sekolah aku yang gila-gila. Asal jumpa ada aje bahan nak bercerita dan kemudian gelak-gelak sampai sakit perut. Korang ado kawan gitu?

Baik aku cerita perihal majlis dia dulu, nanti ada aku melalut cerita perihal sekolah. Dah mulalah perangai nak campak belakang, baling belakang bagai. Majlis nikah dia hari jumaat 3 Februari. Tapi aku dan kawan gila-gila lagi sorang, Liesa tak datang. Masing-masing bekerja. Aku dan Liesa decide nak pergi malam aje di MITC untuk setup candy booth. Majlis respsinya diadakan di Ballroom MITC. Jadi malamnya aku dan Liesa berjumpa di sana sebab Fiza pun ada rehearsal. Class kan siap ada rehearsal. Aku dulu nak sanding terus sanding aje dengan berposak masa tu masa banjir. Memori sungguh majlis aku dulu.

Anak aku dan anak Liesa. Mereka sebaya. Adriana lahir bulan Januari, Rania lahir bulan Disember.

Zidane, anak kedua Liesa. Sebaya Ammar. Aku tak bawa Ammar. Kalau bawa memang aku tak jadi kerja.

Inilah kawan gila-gila aku, Liesa. Serius nau menyusun makcik ni.

Candy booth kami khas buat pengantin.

Aku dan anak-anak pula bergambar bersama candy booth.

Lama tidak bergambar berdua.

Suasana di dalam ballroom.

Selesai menyiapkan candy booth, kami makan dulu.

Kemudian, asben dan Ammar pula datang.

Berswafoto tak habis-habis.

Kemudian rakan sekelas kami datang. Kira aku dan Liesa permerhati kawan-kawan sekolah yang datang. Yang tengah ni Norni, cikgu sekolah.

Mak-mak semuanya.

Pengantin sudah berarak masuk ke dalam dewan.

Kemudian datang lagi rakan kelas, yang kanan sekali namanya Liza.

Nak jumpa susah kalau tak ada majlis-majlis amcam ni. Bila dah jumpa bergambar tak sudah-sudah.

Berswafoto beramai-ramai.

Candy booth yang laku keras hari tu.

Anak-anak ramai yang menyerbu.

Makan beradap Hafiza dan suaminya Alimi.

Patut gambar ni atas sebab bersanding dulu. Tak kisahlah kan.

Kami sempat bergambar di atas pelamin.

Kemudian jumpa lagi rakan sekolah kami, Ayuni. Inilah beberapa rakan sekolah yang dapat aku jumpa setelah beberapa tahun tidak berjumpa.

Sebelum pulang, anak-anak bergambar bersama-sama. Jenuhlah aku dan Liesa nak bawak turun barang-barang candy booth dengan budak berempat ni. Tapi nasib baik mereka berempat memberi kerjasama baik punya.

Nak jugak menyelit gambar kahwin aku. Itulah Fiza masa jadi pengapit aku. Memori semuanya. Kalau nak tahu lorong ini penuh air sebenarnya masa hari aku nikah. Tapi aku balik dari nikah di Masjid Al-Azim, lorong ini kering. Memang ajaib sangat-sangat. Syukur.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: