Wednesday, January 25, 2017

Pengalaman Manis Di Akhbar Sinar Harian

Assalamualaikum..

Hai.

Selamat pagi semua. Pembuka tahun ini didatangkan dengan pengalaman manis buat aku dan juga untuk kami seisi keluarga. Bagi orang macam aku, yang tak pernah muncul di akhbar memang tipulah kalau cakap tidak teruja. Bila diberi peluang begini memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Kegembiraan buat diri sendiri sebenarnya.

Tahun 2015 pernahlah sekali cerpen aku tersiar dalam Mingguan Wanita. Itu pun rasa seakan tidak percaya sahaja bila mendapat kiriman emel daripada Cik Yam Karangkraf. Antara yakin dengan tak yakin saja bila cerpen tersebut mahu disiarkan waktu itu. Aku siap baca balik cerpen yang aku tulis tu. Sebab itu antara cerpen yang terawal aku tulis, tulis pun macam tak berapa nak yakin. Begitulah bermacam perasaan yang menghantui aku ketika itu.

Tahun ini sekali lagi aku mencuba nasib. Terima kasih kepada Cik Yam kerana memberi peluang pada saya. Mungkin aku berjodoh dengan dia aje kot. Hehe..

Sisipan Wow dalam Sinar Harian. Isunya berkenaan menabung. Sekurang-kurangnya artikel ini memberikan aku lebih semangat untuk terus menabung.

Kemudian pula, ahad lepas keluar pula kisah percutian kami ke Pulau Langkawi. Tak sangka pula dua minggu berturut-turut pula keluarnya cerita aku. Dah orang membahankan ala-ala artis. Begitulah pengalaman manis buat aku. Semuanya sekadar menjadi kenangan, tidak ada apa-apa perasaan pun. Risau juga kalau dikategorikan riak. Semoga apa yang dikongsikan menjadi sumber inspirasi buat semua. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Tahniah dari kakak buat Fyda
Betul tak semua org ada peluang begini
Ala-ala artis hihi..

ibuayu said...

memang mcm artis pun hehehe...kena frame ni