Pages

Tuesday, January 3, 2017

Aktiviti Cuti Tahun Baru

Assalamualaikum.

Hai semua.

Entri sebelum melelapkan mata. Nak tulis  guna komputer tapi tahap kemalasannya melampau-lampau. Jadinya aku tulislah guna handphone aje.

Memang tak feel langsung menulis guna handphone. Skrin kecik dengan jari-jemari yang debab. Tak nak entri banyak tertangguh maka aku gigihkan untuk menulis sedikit di sini. Sekadar buat kenangan pada masa akan datang. 

1 Januari 2017


Memenuhi undangan kawan sepejabat. Dia buat kenduri aqiqah untuk anaknya.


Adriana yang sudah melangkah angka sembilan.


Kemudian berposak membeli barang sekolah anak-anak. Dari Mydin ke Pasaraya Hari-Hari kemudian ke Family Store dan akhir sekali ke Giant.


Lewat malam setelah seharian menguruskan hal anak-anak, kami lepak mamak. Aku pesan sekali dua keping tosai. Kelaparan yang amat.


Barang-barang sekolah anak-anak yang sudah dibeli. Sudah siap ditulis nama dan dibuat pengagihan.

2 Januari 2017


Husband siapkan sarapan manakalaaku pula mengemas bilik anak-anak.

Aku gosok baju sekolah anak-anak. Letih berdiri. Manakala husband tolong balut buku.

Kemudian dia masakkan nasi goreng buat makan tengahari.

Aku pula tuliskan nama di kertas sticker untuk ditampal di buku sekolah. Sebelah petang kami keluar sebentar untuk uruskan transit untuk adriana. Kemudian ke Aeon semata-mata nak beli frame gambar.

Begitulah aktiviti kami empat beranak sepanjang cuti awal tahun selama dua hari ini. Esok dan lusa aku masih lagi bercuti. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

1 comment:

adianiez AIDA said...

lawa tulisan.
aida order stiker dgn syuhada seremban aje, fida.
tak larat la.
3 anak thn ni skola.
mahu krem tgn nanti :)