Pages

Sunday, January 1, 2017

2017 Membuka Tirai

Assalamualaikum.

Hai semua.

Salam pembuka bicara untuk entri pertama di tahun baru ini. Banyak lagi entri tahun lepas yang masih lagi tertangguh. Tapi tak apa, aku tetap akan teruskan untuk menulisnya di sini. Kekangan masa membuatkan kadang aku tidak boleh beri komitmen sepenuhnya pada blog. Walaupun kadang timbul perasaan rindu untuk menulis.

Projek aku yang satu itu sudah tertangguh lama. Nampaknya masih tidak tercapailah untuk siapkannya. Semoga momentum untuk aku terus menulis mekar di dalam diri. Semoga permulaan tahun baru ini akan diwarnai dengan perkara-perkara yang indah.

Bila tiba Januari, makanya hati aku berbunga-bunga. Sebab apa? 20 Januari ini adalah ulangtahun kelahiran Adriana yang ke-9. Sekejap saja anak aku dah sembilan tahun. Betapa pantasnya masa itu berlalu. Tahun ini tidak ada sambutan seperti tahun lepas. Kalau sambut pun antara keluarga. Selagi dia masih kanak-kanak buatlah sikit-sikit untuk dia. Tengoklah macam mana nanti. Benda bukan boleh dirancang-rancang. Rancang bagai nak rak sudahnya nanti tidak menjadi.

Semoga tahun 2017 ini memberi sinar kebahagiaan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Semoga sentiasa bersemangat melawan segala dugaan yang mendatang. Walaupun penutup tahun 2016 didatangkan dengan cerita yang kurang menyenangkan dan kurang menarik, namun hidup perlu diteruskan. Biarkanlah dia berkata-kata dengan ceritanya. Tak apa. Bagi peluang dia bercakap selagi mulutnya boleh bercakap.

Sampi sini dulu entri pagi ini. Bersambung lagi nanti dengan entri-entri yang banyak tertangguh dan menunggu giliran untuk ditulis. Semoga kita terus istiqomah dalam apa jua yang kita buat. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

Linda said...

Salam tahun baru 2017 :)