Tuesday, January 10, 2017

DAY 6 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Gambar Bermakeup @ Tanpa Makeup

Assalamualaikum.

Selamat petang semua. Meneruskan cabaran untuk hari keenam oleh JDT Blogger. Gigih dengan tidak gigih saja nak menyiapkan entri-entri ini. Masih lagi bersemangat waja walaupun kesibukan menguruskan anak-anak mengatasi semuanya. Mencari masa terluang untuk menyiapkan entri seterusnya.

Cabaran untuk hari ini bertajuk "Gambar Bermakeup @ Tanpa Makeup". Puas belek-belek gambar. Aku orangnya yang bukan selalu bermakeup. Memang tak makeuplah. Orang lain beg makeupnya penuh dengan barang makeup tapi aku hanya ada gincu saja. Itu pun jaranglah aku nak kenakan gincu itu. Tahu-tahu hilang saja gincu tu.

Marilah tengok gambar aku bermakeup dan tanpa makeup.

Gambar dengan suamilah. Ini gambar aku bermakeup ketika majlis perkahwinan anak buah. Waktu itu jadi bridemaid bagai, haruslah bemakeup. Kalau tidak memang rupa zombi pulak. Datang dengan muka tak semenggah dan pucat lesi pulak. Jadi inilah rupa aku ketika bermakeup.

Ini pula wajah aku tanpa makeup. Selalu berswafoto dengan asben. Jadi memang dia ada di mana-mana saja dalam blog ini. Itu sahaja perkongsian aku untuk petang ini. Sekian dan wassalam.

#jdtblogger  
#31dayschallengebyjdtblogger 

Salam pena,
Fyda Adim


2 comments:

Wawa Ashihara said...

dua2 nmpak cantik... :)

dah komen...
jom ke entry wawa plak dan komen

http://www.wawaashiharaa.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-6.html

Edrina Zulkafli said...

tak jauh beza. natural beautyyy. jealousnyaa. hehehe. so cantik, sis^^


*a visit from: http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-6-makeup-vs-no-makeup.html