Tuesday, July 8, 2014

~Resepi Nasi Minyak~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat pagi selasa.  Salam 10 Ramadhan.  Sekejap sahaja sudah masuk hari yang kesepuluh.  Maaflah, pagi ini aku mahu kongsikan resepi nasi minyak.  Aku masak nasi minyak masa hari kedua berpuasa.  Sesiapa pun tahu masak nasi minyak cuma aku mahu letakkan di sini untuk rujukan sesiapa jua.  Manalah tahu untuk rujukan aku sendiri.  Ini cara mak aku ajar.  Aku ikut nak ada yang aku tambah.

Mari kita tengok resepi nasi minyak cara aku masak.  Senang je.  Main campak-campak je.  Tapi ingat lain orang masak, lain rasanya.  Mana samakan? :D


RESEPI NASI MINYAK

Bahan-bahan :

Beras basmathi (sukat ikut sendiri)
Susu cair
Daun pandan
Minyak sapi
Sedikit serbuk kunyit
Sedikti minyak masak
Kiub ayam
Garam

Bahan Tumis :
1 biji bawang besar - dihiris
2-3 ulas bawang putih - dihiris
Kayu manis
Bunga cengkih
Bunga lawang
Buah pelaga
Halia

Cara-cara :

1)  Panaskan 2 sudu minyak sapi dan satu sudu minyak biasa di dalam kuali.
2) Setelah minyak panas, tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau.  Masukkan daun pandan.
3) Sementara itu, dalam periuk nasi kita dah panaskan dan diletakkan sukatan air menigkut beras yang digunakan.
4) Setelah bahan tumis nampak garing dan naik bau, letakkan garam.  Kemudian letakkan sedikit serbuk kunyit untuk mewarnakan nasi.  Kemudian masukkan beras ke dalam kuali.  Gaul mesra.
5) Selepas itu pindahkan beras ke dalam periuk nasi yang berisi air.  Tuangkan setengah cawan susu cair dan juga masukkan seketul kiub ayam.
6) Biarkan nasi kering dan tunggu sehingga nasi masak.
7) Boleh dihiaskan dengan bawang goreng, kismis bila nasi sudah masak.

Itu sahaja entri pagi ini.  Sekadar perkongsian yang tidak seberapa.  Bolehlah mencubanya.  Lain orang lain caranya.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

No comments: