Friday, July 25, 2014

~Persiapan Raya Ala Kadar~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua. Tengahari ini keluar kerana ada beberapa perkara yang perlu diuruskan sebelum Aidilfitri.  Banyak benda yang mahu dibereskan.  Masih lagi kerja.  Nama sahaja duduk di pejabat tapi hati sudah ada di rumah.  Memikirkan yang rumah masih belum habis berkemas.  Nasiblah langsir dah settle gantung malam tadi.  Berposaklah.  Mana nak iron dulu baru gantung.

Dalam pada itu, persiapan Aidilfitri aku dan keluarga hanya sederhana sahaja.  Untuk kami empat beranak adalah beli baju yang akan dipakai di pagi raya.  Kuih raya pun aku buat.  Tahun ini agak lemau.  Buat tiga jenis kuih sahaja.  Rumah pun tak ada yang baru.  Semua yang lama.  Adalah touch up sikit-sikit kat rumah.  Cuma kali ini porch sudah ada mozek.  Itu sahajalah.  Langsir pun pakai yang lama.  Lebihkan anak-anak sahaja.

Ini baju jalan untuk anak dara.

Ini pula baju untuk anak teruna.

Dan yang ini pula sandal raya untuk mereka.  Sandal nana tu pilihan dia sendiri.  Dah besar sekarang ni sudah ada citarasa sendiri.  Kadang bergaduh-gaduh dengan nana.  Aku suruh pakai gaun dia nak pakai seluar.  Bila suruh pakai seluar dia nak pakai gaun pula.  Hah gitulah bila ada anak dara.  Itu sahaja ceritanya untuk tengahari ini.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,





                                                                                                          

No comments: